awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand

Bernama
Bernama
28/11/2024
21:45 MYT
Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand
Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan. - Foto fail/X/@IzzraifHarz
BANGKOK: Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menggesa rakyat Malaysia supaya berhati-hati jika mereka perlu pergi ke Selatan Thailand dalam tempoh ini.
"Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan banjir teruk, memaksa ribuan orang dipindahkan ke seluruh wilayah selatan di Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ahmad Fahmi juga menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada di Selatan Thailand supaya sentiasa berwaspada, memantau kemas kini cuaca dan mengikuti pengumuman dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia di Selatan Thailand harus mengutamakan keselamatan mereka dan menjaga satu sama lain. Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian +6693-6570707," katanya.
Sementara itu, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) melaporkan pada Khamis bahawa banjir yang berterusan di tujuh wilayah selatan telah menyebabkan 136,219 isi rumah kehilangan tempat tinggal di 50 daerah, 321 mukim dan 1,884 kampung.
Wilayah yang terjejas ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun.
DDPM menggerakkan pasukan operasi dan peralatan tindak balas bencana, termasuk pam air, kenderaan pam jarak jauh, kenderaan pemindahan, unit pengeluaran air mudah alih, bot dan helikopter penyelamat, untuk menyokong usaha menyelamat dan pemindahan.
Selain itu, "Pasukan Penjaga" - sekumpulan sukarelawan - berada di lapangan membantu komuniti yang terjejas, manakala pejabat DDPM tempatan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa wilayah dan tempatan untuk menyampaikan bantuan segera.
DDPM menambah bahawa pegawai sedang menilai ganti rugi untuk memudahkan pengagihan bantuan kewangan mengikut peraturan kementerian yang berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#hujan lebat
#pbt
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan