awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia ditahan di Indonesia kerana memakai kemeja-T berlambang komunis

Bernama
Bernama
14/04/2017
03:54 MYT
Rakyat Malaysia ditahan di Indonesia kerana memakai kemeja-T berlambang komunis
Lambang yang menggabungkan tukul dan sabit ini diharamkan di Indonesia. - Gambar fail
Seorang rakyat Malaysia ditahan di Mataram, Nusa Tenggara Barat kerana memakai kemeja-T yang berlambang tukul dan sabit iaitu lambang komunis yang diharamkan di Indonesia.
Media-media dalam talian memetik Ketua Polis Seksyen Mataram, Taufik sebagai berkata lelaki rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Mohamad Tarmizi Mohamad Nordin, 50, ditahan di sebuah hotel di Kota Mataram semalam setelah polis menerima maklumat daripada orang awam.
Katanya, sepasukan polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menemui Mohamad Tarmizi di lobi hotel itu dengan kemeja-T lambang komunis sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata Mohamad Tarmizi kemudian memberi alasan beliau tidak tahu mengenai pengharaman memakai lambang komunis itu dan menyatakan kemeja-T itu dibeli dari Rusia.
Taufik berkata, polis kemudiannya merampas kemeja-T itu sebelum membebaskan Mohamad Tarmizi setelah disoal siasat dan diberi amaran mengenainya.
Katanya, hasil siasatan juga mendapati Mohamad Tarmizi mengunjungi Mataram bagi urusan kerja dan tidak mempunyai sebarang peralatan atau barangan lain yang berkaitan dengan komunisme.
Lambang tukul dan sabit atau disebut 'palu arit' di Indonesia adalah lambang parti komunis yang diharamkan di Indonesia dan seseorang yang memakai atau menggunakan sebarang lambang seumpama itu disifatkan sebagai menyebar fahaman komunisme.
Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa menimbulkan kejahatan terhadap keamanan negara di bawah Pasal 107 Kitab Undang-undang Hukum Pidana yang membawa hukuman penjara.
Pada tahun lepas, polis di Jakarta menahan beberapa pegawai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) kerana menjual dan mempamer buku bertajuk 'Manifesto Komunis' yang mempunyai lambang komunisme itu.
Bagaimanapun mereka dibebaskan setelah kandungan buku itu sebenarnya didapati tidak menyebarkan fahaman komunisme sebaliknya mendedahkan keburukan fahaman berkenaan.
Bagaimanapun buku-buku itu dirampas kerana mempunyai lambang tukul dan sabit serta pihak penerbit diberi amaran mengenainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#lambang komunis
#polis
#rakyat Malaysia
#sabit
#siasatan
#tukul
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan