PUTRAJAYA: Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap 'Bahagia' apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Menurut Laporan MHI yang julung kali dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Labuan merekodkan skor 9.29 iaitu 'Sangat Bahagia', manakala 11 negeri beserta Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan skor pada tahap 'Bahagia', dan Melaka serta Selangor pula berada pada tahap Sederhana Bahagia.
"Secara keseluruhannya penduduk Malaysia berada pada tahap bahagia walaupun negara berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, pada tahun pelaksanaan Survei MHI 2021," kata Mohd Uzir dalam sidang media selepas melancarkan Laporan MHI itu di sini hari ini.
Laporan MHI itu dilaksanakan dari September hingga November 2021 melibatkan 42,446 responden dari seluruh negara, dan dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR) dan Human Development Index (HDI).
Kajian yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan penduduk Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual itu dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 - 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 - 4.00 tidak bahagia; 4.01 - 6.00 sederhana bahagia; 6.01 - 8.00 bahagia dan 8.01 - 10.00 sangat bahagia.
Mohd Uzir berkata kajian MHI itu mengandungi 73 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen iaitu keluarga; perumahan dan alam sekitar; penyertaan sosial; kesihatan; kemudahan komunikasi; pendidikan; persekitaran kerja; pendapatan; keselamatan awam; penggunaan masa; amalan kerohanian; kebudayaan dan pengalaman emosi.
Beliau berkata 13 komponen berada di tahap Bahagia dengan mencatatkan skor antara 6.04 hingga 7.23 seperti keluarga dengan skor 7.23, amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75).
Katanya skor MHI mengikut strata bandar dan luar bandar di Malaysia berada pada tahap Bahagia iaitu masing-masing pada skor 6.46 dan 6.54.
Dari segi jantina, perempuan mencatatkan skor MHI lebih tinggi iaitu 6.49 berbanding lelaki dengan skor 6.46.
Mohd Uzir berkata berdasarkan laporan MHI itu, skor antara Warganegara dan Bukan Warganegara tidak jauh berbeza dengan masing-masing mencatat skor 6.49 dan 6.32.
"... maknanya mereka (bukan warganegara) juga dapat menjalani kehidupan seperti rakyat negara kita. Ini satu penemuan menarik yang boleh kita tunjukkan dengan negara-negara lain, bahawa dari segi Indeks Kebahagiaan antara warganegara dan bukan warganegara tiada elemen diskriminasi," katanya.
Beliau berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ke 79 daripada 146 negara dengan skor 5.384 dalam laporan World Happiness Report 2021.
Mohd Uzir berkata MHI itu penting sebagai input dalam penilaian tahap kebahagiaan rakyat Malaysia di peringkat nasional dan negeri yang dapat digunakan dalam mencapai kemakmuran dan masyarakat yang inklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin melancarkan Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 di Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Mauritius adakan Pilihan Raya Parlimen pada Ahad
Pilihan Raya Parlimen diadakan di Mauritius pada Ahad, dengan gabungan pemerintah Alliance Lepep yang diketuai oleh Perdana Menteri Pravind Kumar Jugnauth dilihat sebagai pilihan utama untuk mengekalkan kuasa.
Pertempuran di kuil Kanada cetus protes di Delhi
Insiden pertempuran yang berlaku di perkarangan sebuah kuil di Brampton, Kanada melibatkan penganut Hindu dan Sikh, turut mencetus protes di New Delhi, India.
Himpunan orang ramai tertumpu di perkarangan Kedutaan Kanada di New Delhi.
Himpunan orang ramai tertumpu di perkarangan Kedutaan Kanada di New Delhi.
Penggunaan IoT dalam syarikat masih dianggap sebagai kos tambahan
Inisiatif kerajaan menyokong penggunaan teknologi internet kebendaan (IoT) dalam pengurusan tenaga industri disifatkan sebagai langkah strategik untuk meningkatkan kecekapan tenaga negara dan memacu pertumbuhan mampan.
Malaysia, Mesir sepakat ambil langkah proaktif hentikan keganasan di Palestin
Malaysia dan Mesir sepakat untuk mengambil langkah lebih tegas dan proaktif bagi memastikan keganasan di Palestin dihentikan.
Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.
Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Mesir sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.
Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.
Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Mesir sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (10 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Platform media sosial luar negara dibenarkan di Iran jika terima peraturan sedia ada
Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berulang kali menekankan kepentingan melindungi keselamatan psikologi rakyat Iran di alam siber.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Polis Singapura tingkat rondaan di rumah ibadat selepas insiden paderi ditikam
Tahap keselamatan di rumah-rumah Ibadat di Singapura dipertingkat susulan kejadian tikaman seorang paderi di Gereja St Joseph di Bukit Timah pada Sabtu. Christopher Lee, 57 tahun memberitahu beliau telah diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa upacara pengamatan misa pada jam 5.30 petang.
Raja Charles ketuai upacara peringatan mangsa perang dunia
Raja Charles pada Ahad mengetuai upacara peringatan mangsa-mangsa yang terkorban
dalam peperangan serta konflik-konflik lain yang telah atau atau secang melanda dunia dalam satu upacara khas di London.
dalam peperangan serta konflik-konflik lain yang telah atau atau secang melanda dunia dalam satu upacara khas di London.
Rakyat Kelantan bahagia, pentadbiran negeri di landasan betul - Mohd Amar
Tidak dinafikan ada kelemahan dalam pentadbiran, namun secara umumnya rakyat Kelantan merasa gembira tinggal di Kelantan.
Rakyat Malaysia pada tahap 'Bahagia' - Laporan MHI
Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.