awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat menanti pengumuman kelonggaran individu lengkap vaksinasi COVID-19

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/08/2021
20:30 MYT
Rakyat menanti pengumuman kelonggaran individu lengkap vaksinasi COVID-19
Tumpuan pada bulan Ogos sudah pasti terarah kepada pengumuman kelonggaran kepada penerima lengkap dua dos vaksin. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tumpuan pada bulan Ogos sudah pastinya terarah kepada pengumuman kelonggaran penerima lengkap dua dos vaksin.
Rakyat Malaysia ternanti-nanti pengumuman tersebut selepas berbulan lamanya terkurung di rumah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengesahkan perkara tersebut akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut menyatakan pengumuman akan dibuat pada bulan Ogos apabila kadar vaksinasi negara mencecah 30 hingga 40 peratus.
Difahamkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sedang menilai semula kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Antara kelonggaran awal yang disebut Perdana Menteri kepada penerima lengkap dua dos vaksin adalah kelonggaran perjalanan dan makan di restoran.
Bagaimanapun kesemua perkara berkenaan masih bergantung kepada kadar vaksinasi dan penilaian risiko kes jangkitan COVID-19 di sesuatu kawasan.
Kemungkinan besar kelonggaran tersebut dapat diberikan selepas pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin bahawa Kerajaan optimis dapat mencapai sasaran 50 peratus penduduk berumur 18 tahun ke atas di negara ini melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang 31 Ogos.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Khairy Jamaluddin
#PICK
#PKP
#suntikan
#vaksin
#perintah kawalan pergerakan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan