Permohonan gencatan senjata oleh Waris Kesultanan Sulu mendapat reaksi pelbagai pihak.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Sabah, Datuk Masidi Majun dalam reaksi segeranya mempersoalkan permintaan itu.










Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan permintaan Sultan Sulu untuk gencatan senjata tidak boleh dipercayai.


Rakyat Malaysia turut melahirkan kemarahan ekoran insiden ini dan menyatakan pandangan masing-masing di laman sosial media.








Gencatan senjata itu diisytiharkan oleh jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani dalam satu sidang media di Taguig City, Filipina tengah hari tadi.

Dalam kenyataanya, Idjirani turun meminta pasukan keselamatan negara melakukan perkata yang sama.

Alasanya, gencatan senjata itu dibuat bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan mendakwa operasi oleh pasukan keselamatan negara mengorbankan orang awam.

Idjirani juga memaklumkan kesediaan keluarga waris Kesultanan Sulu itu untuk mengambil pulang ahli keluarga mereka yang kini berada di Sabah sekiranya pasukan keselamatan negara mematuhi gencatan senjata tersebut.