awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
Titah Agong wajar dijadikan 'peringatan' - Rais Yatim
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Selangor diseru ikut garis panduan sambut Aidiladha

Bernama
Bernama
31/07/2020
00:50 MYT
Rakyat Selangor diseru ikut garis panduan sambut Aidiladha
Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin serta Tengku Amir turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Selangor. - Facebook Selangor Royal Office
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyeru umat Islam di negeri ini supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha, hari ini.
Baginda berdua bertitah, rakyat juga seharusnya meraikan perayaan itu secara sederhana serta masih perlu berwaspada bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Umat Islam turut diseru menjalankan ibadah korban kali ini dengan tertib dan berhemah sebagaimana yang digariskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Semoga dengan tertunainya ibadah korban dan hikmah memperingati Aidiladha, umat Islam terutamanya, dapat menjadi contoh terbaik kepada setiap umat manusia," titah baginda berdua dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Selangor Royal Office, pada Khamis.
Baginda berdua juga sentiasa mendoakan seluruh rakyat dijauhi daripada malapetaka dan bencana, selain berdoa semoga wabak COVID-19 dapat dihapuskan.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#COVID-19
#Facebook
#garis panduan
#hari raya
#Ibadah Korban
#JAIS
#korban
#PKPP
#sederhana
#Selamat Hari Raya
#Selangor Royal Office
#SOP
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan