PERGOLAKAN politik dan polemik terhadap pelbagai isu serta skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin utama parti memerintah dan pembangkang bukan sahaja mengelirukan rakyat tetapi membosankan mereka.
Rakyat yang menyokong hebat Pakatan Harapan (PH) untuk menukar kerajaan yang memerintah selama 61 tahun turut merasa kecewa terhadap perjalanan kerajaan yang dibentuk susulan kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Rakyat merentasi kaum melahirkan rasa dukacita terhadap prestasi pemimpin-pemimpin politik yang dipilih untuk mentadbir negara susulan PH menguasai Putrajaya.
Malah, prestasi ekonomi negara yang kian merosot kononnya atas sebab-sebab perkembangan geo-politik yang tidak stabil serta timbulnya ekonomi yang berdaya saing dalam pasaran global.
Menurut kerajaan PH, perubahan dalam persekitaran ekonomi global dilaporkan menjadi punca kenaikan harga barang-barang keperluan.
Peningkatan kos sara hidup saban hari pula didapati menimbulkan suasana rakyat yang merasa resah dan bimbang terhadap kebolehan kerajaan PH menepati janji mereka mengawal kenaikan kos sara hidup seperti yang tertulis dalam manifesto PRU ke-14.
Rakyat bimbang
Kajian terbaharu sebuah syarikat penyelidikan antarabangsa baru-baru ini membuktikan kebimbangan rakyat terhadap kerajaan PH kian meningkat.
Kajian tersebut mendapati, jumlah rakyat yang percaya negara menuju haluan yang salah semakin bertambah secara perlahan-lahan.
Malah, peratusan rakyat percaya dan yakin bahawa negara bergerak ke arah yang betul merosot daripada 75 peratus ketika PRU ke-14 kepada 57 peratus pada pertengahan 2019.
Dalam pada itu, pelbagai laporan media yang menular dalam media sosial malah media cetak saban hari mengaitkan pemimpin politik dengan pelbagai skandal didapati bukan sahaja mengejutkan malah membosankan rakyat.
Laporan media terhadap akuan berkanun bekas pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengarahkannya membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu memeranjatkan rakyat.
Azilah adalah seorang banduan yang menunggu perjalanan hukuman mati atas kesalahan yang terbukti membunuh Altantuya sepuluh tahun dahulu.
Selain itu, laporan polis daripada seorang anak muda lelaki terhadap seorang pemimpin utama parti PKR, kononnya telah menjadi mangsa cabul juga memeranjatkan rakyat malah menjadi bahan perbualan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Sebelum laporan media terhadap isu tersebut, ada juga sebuah video yang tular di dalam media sosial kononnya seorang pemimpin utama parti yang memerintah terlibat dalam perbuatan sumbang.
Penularan video itu dan laporan polis terhadap tuduhan liwat baru-baru ini menimbulkan pelbagai andaian dan tafsiran terhadap pergolakan politik semasa.
Persoalanya, apakah laporan polis terhadap seorang pemimpin utama parti memerintah tersebut itu benar atau ia merupakan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan atau menghapuskan seseorang pemimpin politik tertentu daripada medan politik negara?
Malah, ada pihak yang bertanya, apakah penularan video terbabit dan laporan polis terhadap dakwaan cabul baru-baru ini merupakan satu agenda sulit atau konspirasi politik oleh pihak-pihak tertentu untuk mengagalkan dan menamatkan kerjaya politik seseorang pemimpin politik yang sedang bercita-cita menjadi pemimpin negara?
Sengketa PH
Dalam pada itu, dengan geo-politik negara yang kian berubah, sengketa dan syak wasangka antara parti-parti komponen PH yang sedang bergolak, serta perpecahan dalam PKR, iaitu parti yang menjadi tunggak kepada penubuhan kerajaan PH selain apakah PH mampu menahan Putrajaya daripada serangan Muafakat Nasional yang baru dibentuk antara UMNO dan Pas, iaitu dua parti terbesar orang Melayu serta disertai bersama MIC dan MCA?
Ada pihak yang berpendapat, Muafakat Nasional adalah satu platform politik orang Melayu untuk bersatu dan mematahkan ‘grand design’, kononnya dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menghilangkan kuasa politik Melayu daripada alam politik Malaysia.
Dalam hal ini, rakyat perlu ingat kata-kata keramat pahlawan Hang Tuah ‘“Tak akan Melayu hilang di dunia”.
Sejarah politik negara mencatatkan Melayu akan bangkit semula sekiranya kuasa politik yang mereka wakili sejak turun temurun terhakis.
Orang Melayu bersatu bergabung dalam satu gabungan politik pada tahun 1974 dan menahan kuasa mereka agar tidak terjatuh ke tangan pihak lain serta menyelamatkan negara.
Parti politik baharu yang ditubuhkan pada masa itu iaitu Barisan Nasional (BN) dan disertai oleh hampir semua parti politik yang mewakili orang Melayu.
Gabungan parti politik baharu itu memenangi 135 kerusi daripada 154 kerusi Parlimen ketika itu.
Jumlah kerusi itu merupakan 87.7 peratus malah melebihi dua pertiga daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat.
Malah, parti politik baharu itu turut memenangi semua kerajaan negeri.
Kekuatan MIC
Dalam pada itu, MIC merupakan sebuah parti yang penting dan banyak menyumbang kepada kemenangan besar parti baharu tersebut.
Namun, kemerosotan sokongan kaum India kepada MIC telah menyumbang kepada kehilangan kuasa parti tersebut untuk memerintah pada PRU ke-14.
Namun, akhir-akhir ini MIC bukan sahaja muncul sebagai parti terkuat dalam medan politik negara tetapi menjelma sebagai sebuah parti tunggal yang mewakili hasrat, sentimen dan cita rasa sebahagian besar komuniti India dalam negara.
Tan Sri S A Vigneswaran yang mengambil alih kepimpinan parti sejurus selesainya PRU ke-14 telah menyuntik semangat baharu kepada ahli-ahli MIC supaya tidak kecewa dengan kekalahan tetapi mengambil hikmah daripada kekalahan teruk pada PRU ke-14.
Beliau juga mahu ahli-ahli terus berjuang untuk memenuhi harapan masyarakat India dengan penuh tanggungjawab dan penuh komitmen.
MIC akan bergerak dengan pantas dan bersasar dalam usaha melaksanakan strategi-strategi baru untuk menanam dan membina semula persepsi positif terhadap parti MIC dalam minda masyarakat India.
Dengan strategi dan suntikan semangat baharu, MIC dijangka membantu Muafakat Nasional mencapai matlamat penubuhannya.
Persoalannya, apakah perkembangan dan pergolakan politik semasa yang menimbulkan rasa kecewa dan dibimbangi akan mempengaruhi kecenderungan politik rakyat pada masa akan datang menjelang PRU ke-15?
Apakah Muafakat Nasional, gabungan parti-parti terbesar orang Melayu akan membantu mengulangi sejarah pada tahun 1974?
Apapun, rakyat sudah sedar terhadap permainan politik yang berteraskan kepada permainan persepsi.
Rakyat akan menolak politik persepsi dan di sebaliknya akan menyokong parti politik yang berlandaskan kebenaran dan prestasi.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Fri Dec 20 2019
Muafakat Nasional adalah satu platform politik orang Melayu untuk bersatu dan mematahkan 'grand design', kononnya dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menghilangkan kuasa politik Melayu daripada alam politik Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.