awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat susah, resah sehingga ada yang nak jual buah pinggang, dakwa Wan Ahmad Fayhsal

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/04/2023
03:33 MYT
Rakyat susah, resah sehingga ada yang nak jual buah pinggang, dakwa Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, soalan dibangkitkan beliau naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Khamis lepas namun tidak sempat dijawab Menteri Kewangan. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Selepas bertindak keluar Dewan Rakyat, Ahli Parlimen pembangkang kemudiannya mengadakan sidang media di Lobi Parlimen, menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang) menegaskan, soalan dibangkitkan beliau naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Khamis lepas namun tidak sempat dijawab Menteri Kewangan.
Tegasnya, beliau masih menunggu jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan berhubung isu tersebut yang dakwanya sehingga kini masih belum diterima.
“Sebab dalam soalan saya itu, kalau tidak dapat beri keizinan untuk pengeluaran bersasar, apakah cadangan lanjut daripada kerajaan untuk membantu kerajaan untuk bantu rakyat yang susah, yang resah?
“Bahkan, sampai ada yang jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor ke Istana Negara pada hari ini.
“Ini bukan perkara main-main, perkara besar yang melibatkan kepentingan umum.
“Malangnya, Kementerian Kewangan sampai sekarang, tiada lagi jawapan yang munasabah yang boleh kami berikan kepada rakyat,” katanya.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Wan Ahmad Fayhsal
#pembangkang
#keluar dewan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan