awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Persepsi kaitkan penagih dadah daripada golongan miskin tidak tepat - PEMADAM
Futsal ASEAN B-19: Malaysia tamatkan kempen di tempat ketiga, bangkit atasi Vietnam
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat terjejas ekonomi bakal dapat manfaat dalam RMK-12, Bajet 2022 - Muhyiddin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/09/2021
06:22 MYT
Rakyat terjejas ekonomi bakal dapat manfaat dalam RMK-12, Bajet 2022 - Muhyiddin
Terdahulu, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh menyantuni penduduk sekitar Pagoh Jaya. - Foto Astro AWANI
PAGOH: Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 yang akan dibentangkan, bakal menjuruskan ke arah pemulihan ekonomi rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara berdepan dengan situasi yang amat mencabar dalam tempoh empat tahun akan datang.
“Kita dah buat persiapan dan disambung balik di bawah Perdana Menteri ke-9. Disiapkan oleh EPU, jadi tempoh 5 tahun. Setahun, tahun ini sudah bermula, empat tahun ke hadapan satu yang amat mencabar, baik dari segi kedudukan kewangan kerajaan, baik dari soal peruntukan untuk pembangunan termasuklah di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Muhyiddin yakin pelbagai langkah dan usaha tambahan akan dilaksanakan kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Pandangan pelbagai pihak ujarnya, akan diambil kira apabila kedua-dua RMK-12 dan Bajet 2022 dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nanti.
Pastinya tambah beliau, peranan MPN menjadi penting agar usaha-usaha pemulihan ekonomi negara dapat direalisasikan.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh menyantuni penduduk sekitar Pagoh Jaya.
Beliau menghulurkan bantuan bakul makanan selain keperluan asas bagi penduduk yang menghadapi penyakit kronik selain meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga di Pasar Tani Pagoh Jaya.
Perdana Menteri akan membentang RMK-12 yang menjadi landasan jalan tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Manakala Bajet 2022 akan dibentang pada hujung bulan depan.
Topic Berkaitan
#RMKe-12
#bajet 2022
#MPN
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan