MELAKA: Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat rama-rama spesies Idea lynceus yang hampir pupus di negara ini kembali berterbangan di udara tidak kesampaian apabila Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di Ayer Keroh di sini, masih bergelut meneruskan kajian dan pembiakan serangga itu.
Pengurus taman berkenaan, Qurratu A'in Rohaminordin berkata rama-rama bersayap putih berbintik hitam daripada keluarga Danaidae yang terkenal dengan cara terbang seperti sekeping kertas terapung di udara, masih gagal dibiakkan dalam skala besar berikutan beberapa faktor.
"Antaranya kami kekurangan pekerja selepas beberapa orang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 berikutan tidak dapat menampung kos operasi akibat tiada penjualan tiket ketika pelaksanaan sekatan pergerakan.
"Berikutan itu, ia menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan kerja-kerja penjagaan pokok perumah dan kutipan telur rama-rama berkenaan selain makmal yang semakin usang," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Qurratu A'in berkata di seluruh dunia, hanya Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka sahaja yang membiakkan rama-rama itu kerana ia berasal dari negara ini dan rama-rama itu kadangkala boleh ditemukan di sebahagian kawasan di Indonesia serta Thailand.
Beliau berkata pusat konservasi berkenaan telah melakukan kajian sejak 16 tahun lepas terhadap spesies Idea lynceus dan mencapai tahap 90 peratus pemahaman mengenai rama-rama itu termasuk jantina, pokok perumah dan lain-lain perkara mengenainya.
Menurutnya di sebalik kekangan kewangan, pihaknya masih cuba membiakkan rama-rama itu secara kecil-kecilan sejak dua bulan lepas menggunakan telur-telur yang masih tersisa selepas kajian dihentikan pada 1 Feb lepas.
"Beberapa minggu lepas kami berjaya memperoleh 25 ekor rama-rama tersebut yang hanya hidup selama dua minggu namun telur-telur yang dihasilkan serangga itu dimakan tikus dan lipas yang menceroboh masuk ke dalam makmal pembiakan.
"Berikutan itu, ketika ini kami hanya mempunyai tidak sampai 10 ekor Idea lynceus yang sangat sensitif untuk dijaga dan pekerja memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menjaga spesies berkenaan," katanya sambil menambah pihaknya memerlukan masa yang lama untuk kembali membiakkan rama-rama berkenaan dalam skala besar.
Qurratu A'in berkata peratusan pembiakan rama-rama yang mampu terbang ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur sebanyak 44 kali dalam tempoh hayatnya 14 hari dan boleh membesar hingga 165 milimeter (mm) itu mencapai tahap 90 peratus apabila dibiakkan di dalam makmal.
Beliau berkata namun tidak mudah untuk membiakkan Idea lynceus kerana serangga itu memerlukan sejenis pokok renek daripada jenis Agnosma sp, yang juga sukar untuk dibiakkan walaupun berada dalam persekitaran terkawal.
Katanya di pusat konservasi berkenaan, satu pertiga daripada keluasan 2.83 hektar kawasan itu ditanam dengan pokok renek Agnosma sp namun daripada 100 batang pokok yang ditanam, hanya satu batang sahaja yang mampu hidup.
Qurratu A'in berkata masalah yang berlaku ketika ini juga merupakan antara impak dialami pusat konservasi tersebut pasca sekatan pergerakan.
"Ramai beranggapan selepas rentas negeri kembali dibenarkan, kami boleh meneruskan kajian yang terhenti sedangkan ia tidak semudah itu apabila keadaan ekonomi memberi kesan kepada pusat konservasi ini.
"Walaupun pelawat mula kembali, namun kami memerlukan masa untuk bangkit dan memulihkan keadaan kewangan," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya bersyukur di sebalik sekatan pergerakan yang dilaksanakan beberapa bulan lepas, mereka berjaya membiakkan 10 ekor merak putih, 11 emu dan 15 sesumpah.
Katanya ia berikutan petugas di pusat konservasi berkenaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kajian pembiakan lain-lain reptilia dan serangga sepanjang ketiadaan pelawat.
Bernama sebelum ini melaporkan kajian dan pembiakan sejak 2005 ke atas rama-rama yang mempunyai kepompong unik berwarna keemasan itu terpaksa dihentikan berikutan kekurangan dana akibat kehilangan sumber utama iaitu penjualan tiket kemasukan ke taman tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Rama-rama bersayap putih berbintik hitam terkenal dengan cara terbang seperti sekeping kertas terapung di udara. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ella janji konsert luar biasa di Istana Budaya Mac depan
Bukan sekadar konsert biasa!