awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan: JPJ keluar 3,548 notis pelbagai kesalahan di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
09/04/2023
07:42 MYT
Ramadan: JPJ keluar 3,548 notis pelbagai kesalahan di Negeri Sembilan
Kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan kenderaan barangan dengan jumlah 1,372 diikuti motosikal sebanyak 1,083 dan kereta 852 notis. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 3,548 notis pelbagai kesalahan terhadap 1,847 daripada 7,789 kenderaan yang diperiksa sejak awal Ramadan hingga Khamis lepas.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan kenderaan barangan dengan jumlah 1,372 diikuti motosikal sebanyak 1,083 dan kereta 852 notis.
Katanya turut tidak terkecuali menerima notis kesalahan adalah kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan 45 notis.
"Pelbagai kesalahan KPA dikesan seperti tiada lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV), salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), memotong barisan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, kenderaan yang diambil tindakan ini antaranya melibatkan perlesenan kenderaan dengan 1,144 notis diikuti perlesenan memandu (974), kesalahan teknikal (498) dan lain-lain kesalahan 398 notis.
Katanya JPJ negeri tetap konsisten dan tegas sepanjang penguatkuasaan dan operasi tetap dilaksanakan sepanjang Ramadan ini seperti biasa.
Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya lain.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#JPJ
#operasi bersepadu
#Ramadan
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan