awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan pupuk rasa sabar, tabah harungi ujian COVID-19 - Azmin Ali

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
23/04/2020
10:02 MYT
Ramadan pupuk rasa sabar, tabah harungi ujian COVID-19 - Azmin Ali
Azmin ajak semua pihak untuk memanfaatkan waktu dan kesempatan itu untuk menyegarkan institusi kekeluargaan. - Gambar BERNAMA
Sambutan bulan Ramadan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu memupuk rasa sabar dan tabah dalam mengharungi ujian COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak semua pihak untuk memanfaatkan waktu dan kesempatan itu untuk menyegarkan institusi kekeluargaan.
"Tahun ini, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan dalam suasana yang luar biasa akibat pandemik COVID-19.
"Sesungguhnya, krisis ini adalah ujian daripada Allah SWT yang menuntut kita untuk sabar dan tabah serta terus mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT," katanya menerusi Perutusan Ramadan di laman blog AzminAli pada Khamis.
Dalam perutusan itu juga, Azmin meminta agar memaknai Ramadan dalam tempoh PKP sebagai madrasah ruhiyyah dengan beruzlah di kediaman masing-masing sekali gus membantu ikhtiar kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"Marilah kita kekal berada di rumah dan memperbanyakkan ibadah, tadarus dan tadabbur Al-Quran serta menyempurnakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama keluarga.
"Ramadan juga menyuburkan sifat-sifat yang mulia untuk bersedekah dan melakukan infaq termasuk memberikan bantuan makanan kepada warga dhaif, orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan perhatian," ujarnya.
Dalam masa sama, Azmin turut mengajak seluruh rakyat untuk terus menjaga kebersihan rohani dan jasmani, kesihatan diri serta mematuhi langkah-langkah kawalan kesihatan agar kekal sihat, bertenaga dan produktif.
"Jadikan Ramadan sebagai wahana memberdaya kekuatan umat bagi mempersiapkan diri untuk berada di dalam kehidupan norma-norma baharu pasca COVID-19," katanya.
Topic Berkaitan
#Allah
#Azmin Ali
#blog
#ekonomi
#Islam
#keluarga
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#menteri
#rakyat
#Ramadan
#rumah
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan