IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah keadaan masa kini memperlihatkan ramai pihak yang menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang basah, selain menggunakan pelbagai hujah menafikan perbuatan jenayah.
Titah Baginda, mereka juga bersedia membayar yuran guaman yang tinggi, hasil daripada wang yang diperoleh melalui sumber jenayah atau perlakuan dosa.
Baginda bertitah, perbuatan menipu, mencuri, menyeludup, pecah amanah, rasuah dan lari daripada membayar cukai, turut memberikan implikasi terhadap individu lain serta rakyat sesebuah negara.
"Malangnya ketika ini, oleh sebab Islam lebih dijadikan pakaian luaran, ramai insan tidak merasa takut melakukan dosa dan tidak berasa gentar untuk menghadapi seksa kubur dan azab neraka.
"Hinggakan insan yang telah melakukan pelbagai jenayah dan dosa, memilih menjadikan mahkamah gelanggang untuk menegakkan benang basah, tergamak terus berbohong walaupun telah melafazkan sumpah dengan nama Allah untuk bercakap benar ketika bersoal jawab di kandang saksi.
"Sering terjadi, ketika dihadapkan ke muka pengadilan, insan yang telah melakukan dosa, mencari pelbagai alasan dan menggunakan pelbagai hujah mahu menafikan perbuatan mereka yang telah melakukan dosa," titah Baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Hakim-Hakim Syariah Negeri Perak dan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan barisan Exco negeri.
Semai nilai Islam
Sultan Nazrin bertitah, perbuatan jenayah tidak dapat dikurangkan melalui penambahan pegawai penguatkuasa, mahkamah dan penjara.
Titah baginda, jenayah lebih berkesan ditangani melalui pendekatan menyemai nilai-nilai Islam secara berkesan, sehingga meresap dan benar-benar dihayati dalam jiwa setiap insan.
"Setiap insan yang melakukan dosa, boleh menipu hakim, mahkamah, peguam, masyarakat dan orang ramai, tetapi mereka tidak boleh menipu dirinya dan tidak boleh menipu Allah Subhanahu Wata’ala," titah Baginda.
Justeru Baginda bertitah, pendekatan pencegahan, menerapkan nilai-nilai Islam secara berkesan, merupakan pendekatan yang wajib diberikan fokus.
Selain itu titah Sultan Nazrin, angka jenayah yang rendah perlu dijadikan pengukur kejayaan pendidikan dan penerapan nilai-nilai Islam.
Belia berkarisma perlu diberi peluang
Titah Baginda lagi, golongan belia perlu diberikan kepercayaan untuk terlibat secara aktif, berada di barisan hadapan, meremajakan program-program yang diadakan bagi menyuntik dinamisme baharu.
"Sejarah turut mencatatkan karisma kepimpinan anak muda mencipta kejayaan apabila diberikan peluang seperti yang dibuktikan oleh Muhammad al-Fatih, menaiki takhta Kesultanan Uthmaniyyah ketika berusia 19 tahun.
"Ketika berusia 21 tahun, beliau berjaya menakluki Constantinople. Alexander The Great mewarisi takhta pemerintahan Macedonia ketika berusia 20 tahun, sementara Salahuddin al-Ayubi menjadi Sultan di Mesir dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyah ketika berusia 37 tahun," titah Baginda.
Sultan Nazrin bertitah, golongan remaja wajib didampingi, suara didengari, pandangan difahami dan kehadiran mereka diiktiraf, agar program-program yang dianjuri atas nama Islam, berbentuk lebih relevan.
Mengambil iktibar daripada pelbagai sumber akan peranan penting golongan remaja mencipta sejarah, Sultan Nazrin memperkenankan, buat pertama kalinya, melantik dua orang mewakili belia, seorang lelaki dan seorang wanita, sebagai anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Dengan pelantikan seorang lagi anggota wanita, MAIPk kini memiliki tiga orang anggota wanita.
Aida Aziz
Fri Mar 19 2021
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 19 Mac 2021. - BERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).