Berus cat daripada bulu babi yang dirampas akan dikembalikan kepada peniaga selepas mereka melabelkan dan mengasingkan barangan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang yang Diperbuat daripada Bahagian Babi atau Anjing) 2013.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian.
"Sekiranya mereka patuhi kita pulangkan (rampasan) dan kalau gagal kita ambilnya sebagai bahan bukti untuk tindakan seterusnya," katanya ketika menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Loy Sian ingin tahu sama ada kementerian berkenaan telah memulangkan berus cat bulu babi yang telah dirampas daripada 37 kes yang direkodkan di seluruh negara.
Hamzah berkata mempamerkan, menandakan dan melabelkan barangan yang dibuat seperti daripada babi dan anjing adalah amat penting bagi menghilangkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Sebelum ini, kementerian tersebut memberi tempoh sebulan bermula 9 Feb lalu kepada semua peniaga untuk melabelkan produk yang disahkan mengandungi bahan tidak halal termasuk ada unsur babi bagi memberi maklumat kepada pengguna Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2017
Mempamerkan, menandakan dan melabelkan barangan yang dibuat seperti daripada babi dan anjing adalah amat penting bagi menghilangkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan rakyat. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rampasan berus cat bulu babi dipulangkan kepada peniaga yang label produk
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian.
Menteri arah hentikan rampasan terhadap berus bulu babi
Tiada lagi rampasan akan dibuat terhadap berus yang diperbuat daripada bulu binatang, kata menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin.