Bekas ahli DAP Hew Kuan Yau, atau lebih dikenali sebagai 'Superman Hew,' hari ini gagal memperoleh ganti rugi RM1.048 juta bagi kehilangan pendapatan susulan 13 buku komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), empat tahun lepas
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh juga menolak permohonan Hew untuk ganti rugi am, teruk dan teladan pada prosiding taksiran ganti rugi bagi permohonan semakan kehakiman yang difailkan terhadap kerajaan, KDN, Menteri Dalam Negeri serta Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, Amarjeet yang membuat keputusan itu menerusi e-mel membenarkan tuntutan Hew bagi kos guaman sebanyak RM51,140 dan kos buku yang dirampas iaitu RM325.
Hew diwakili peguam Vince Tan manakala Peguam Kanan Persekutuan Nur Irmawatie Daud mewakili semua responden.
Pada Disember 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Julai tahun sama yang membenarkan rayuan Hew untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri mengharamkan komik berkenaan.
Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi taksiran ganti rugi.
Hew memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi pada 26 April 2021 menolak permohonan beliau untuk membatalkan perintah pengharaman komik terbabit oleh Menteri Dalam Negeri dan warta Jabatan Peguam Negara bertarikh 23 Okt 2019 dalam semakan kehakiman yang difailkannya.
Beliau adalah pengarang bersama komik yang diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Cina.
Perintah pengharaman itu berkuat kuasa bagi komik dalam ketiga-tiga bahasa.
Dalam permohonan itu, Hew turut memohon pengisytiharan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah tidak berperlembagaan, batal serta tidak sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi taksiran ganti rugi. - Gambar hiasan
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Rampasan buku, mahkamah tolak permohonan 'Superman Hew' untuk ganti rugi RM1.4 juta
Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi taksiran ganti rugi.
Polis rakam keterangan pelukis, penaja komik propaganda
Polis telah memanggil pelukis dan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda hari ini.