KLANG: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan melaksanakan segera Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi masalah banjir di beberapa lokasi sekitar daerah ini.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata cadangan penyelesaian jangka masa pendek pula adalah dengan meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran kawasan tersebut.
"Penyelesaian jangka panjang adalah dengan pelaksanaan segera RTB Sungai Batu Enam, Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar," katanya ketika membuat lawatan kerja ke kawasan banjir sekitar Bandar Bukit Raja di sini hari ini.
Lawatan tersebut susulan kejadian banjir kilat pada Ahad lepas di beberapa lokasi di daerah ini yang melibatkan kawasan Pekan Meru dan Bandar Bukit Raja.
Beliau berkata kawasan yang terjejas di Pekan Meru antaranya Taman Daya Meru, Taman Daya Maju, Jalan Kasban dan Persiaran Hamzah Alang, manakala kawasan Bukit Raja melibatkan Bandar Baru Bukit Raja dan Mutiara Bukit Raja.
"Dilaporkan anggaran 50 hingga 100 rumah terjejas banjir dengan kedalaman 0.1 meter (m) ke 0.5m dan melibatkan perpindahan 20 keluarga," katanya.
Nik Nazmi berkata kejadian banjir itu disebabkan hujan yang sangat lebat dan berlarutan lebih tiga jam serta bertembung dengan air laut pasang.
Selain itu, menurutnya faktor sistem saliran dalaman yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan tidak dapat mengalir ke sungai kerana aras air sungai tinggi turut menyumbang kepada berlakunya banjir.
"Pada hari kejadian Ahad lepas, Stesen Telemetri Kampung Perepat, Kapar merekodkan hujan tertinggi hingga 98.5 milimeter(mm) menyebabkan status aras air Sungai Binjai, Pekan Meru meningkat hingga 4.38m melepasi aras bahaya iaitu 4.2m pada pukul 12 tengah hari, namun surut sepenuhnya pada 5 petang semalam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Nik Nazmi berkata cadangan penyelesaian jangka masa pendek adalah dengan meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran kawasan tersebut. - Gambar fail

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pengendali DuitNow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
[TERKINI] Pengendali Duitnow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), pengendali Duitnow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November.

Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation', pujian Simon Cowell
Peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani, 17, hanya berjaya meraih tempat keempat America's Got Talent (AGT) musim ke-18.

Negeri Sembilan laksana lima projek RTB, atasi masalah banjir - MB
Lima projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Sembilan diluluskan Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan bermula hujung tahun ini serta awal tahun hadapan.

Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta
Bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir.

34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih
Persidangan DUN Kedah hari ini diberitahu bahawa 34 daripada 50 rumah mangsa banjir akibat kejadian kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lepas, telah siap dibaik pulih.

Tiga daerah di Johor terima keutamaan projek RTB
Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat di Johor akan diberi keutamaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030
Sebahagian besar projek akan dianugerahkan pada tahun depan dengan anggaran perbelanjaan RM700 juta.

Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir
Peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 bilion kepada Kelantan bagi melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mampu mengurangkan kesan dan kerosakan teruk akibat banjir.

KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi keutamaan dan perhatian yang khusus terhadap isu mengurangkan risiko kejadian banjir melalui projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Sabah.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah hampir siap sepenuhnya
Dr Wan Azizah berpuas hati dengan status pembinaan projek itu yang kini sudah mencapai tahap 70 peratus dan hanya mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

Banjir: Penduduk Teluk Kumbar harap kerajaan baiki sistem perparitan
Berdepan dengan risiko keselamatan serta kerosakan harta benda akibat ditenggelami air banjir bagaikan tiada kesudahan buat mereka.

Banjir di P.Pinang tiada kaitan projek pembangunan - Lim Guan Eng
Lim berkata apa yang penting ketika ini adalah bagaimana untuk memulihkan semula negeri ini selepas berhadapan dengan banjir terburuk dalam sejarah.