awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara akan dibentangkan di Parlimen - Najib

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
19/10/2015
02:44 MYT
Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara akan dibentangkan di Parlimen - Najib
Jelas Perdana Menteri satu dasar keselamatan negara juga bakal digubal untuk dijadikan panduan utama bagi agensi-agensi keselamatan dalam Negara. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Satu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini bagi memastikan organisasi itu wujud secara perundangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini merupakan antara langkah transformasi kerajaan dalam mengkaji semula peranan MKN.
"Ancaman keganasan merupakan ancaman yang nyata dan kerajaan memberi perhatian sewajarnya dalam menangani ancaman tersebut.
"Maka kerajaan kini dalam proses mengukuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi barisan yang lebih efisien dan berkesan dalam menyelaras dasar serta strategi keselamatan negara," katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) dalam sidang Parlimen hari ini.
Noor Ehsanuddin meminta Perdana Menteri menjelaskan proses transformasi yang ingin diambil Kerajaan terhadap MKN agar ia lebih efektif dalam mendepani cabaran masa kini.
Najib menambah Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi MKN juga akan disemak semula bagi memastikan arahan yang dikeluarkan masih relevan dengan cabaran masa kini.
"Menyemak semula arahan-arahan MKN dan Peraturan-peraturan Tetap Operasi (SOP) MKN bagi memastikan arahan tersebut masih relevan dan boleh digunapakai sesuai dengan persekitaran semasa.
"Ini termasuk pengukuhan mekanisme di peringkat negeri," kata beliau.
Jelas Najib, satu dasar keselamatan negara juga bakal digubal untuk dijadikan panduan utama bagi agensi-agensi keselamatan dalam Negara.
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#Najib Razak
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan