PETALING JAYA: Kerajaan merancang untuk menubuhkan rangka kerja yang jelas untuk melindungi hak asasi manusia dalam konteks kecerdasan buatan (AI) dan memastikan mereka yang melanggar hak tersebut dipertanggungjawabkan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata menyelaraskan kemajuan teknologi dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia bukan sekadar kewajipan moral tetapi juga keperluan praktikal untuk membina masyarakat yang adil dan saksama.
"Manakala enjin carian dipacu AI dan sistem cadangan kandungan meningkatkan akses kepada maklumat, mempromosikan kebebasan bersuara dan hak untuk mengakses maklumat, ia juga boleh digunakan untuk pengawasan kandungan dan penapisan yang mempengaruhi hak kepada kebebasan bersuara.
"Adalah penting bagi kita untuk menubuhkan asas berdasarkan tadbir urus yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Pembela Hak Asasi Manusia (HRD) Asia ke-10, di sini hari ini.
Menurutnya, mencapai keseimbangan antara faedah AI dan perlindungan hak asasi manusia adalah cabaran besar bagi kerajaan, organisasi dan masyarakat kerana hubungan tersebut adalah rumit.
Oleh itu, Chang berkata adalah penting untuk menggubal satu kod etika dan tadbir urus yang komprehensif bagi AI.
Beliau juga menekankan bahawa kerajaan akan terus berhubung dengan pihak berkepentingan untuk mencipta landskap kondusif bagi individu dan pertubuhan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia secara aman.
"Walaupun kerajaan telah mengambil langkah yang besar untuk mempromosikan agenda hak asasi manusia Malaysia, adalah penting untuk mengakui bahawa cabaran dalam memenuhi kewajipan hak asasi manusia adalah tidak dapat dielakkan," katanya.
Chang, bekas penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) juga menekankan bahawa kerajaan mengakui bahawa Pembela Hak Asasi Manusia (HRD) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) memainkan peranan yang sangat penting dalam membela hak dan kebimbangan komuniti yang terpinggir.
Beliau berkata individu dan kumpulan khusus ini berperanan sebagai suara bagi golongan yang tidak bersuara dengan tekun berusaha untuk menerangkan isu-isu yang sering diabaikan oleh masyarakat arus perdana dan kerajaan.
Forum HRD Asia ke-10 ini menyediakan platform kepada lebih dari 200 HRD untuk membincangkan perjuangan bersama mereka dan harapan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi asas di seluruh Asia.
Forum tiga hari yang bermula hari ini dianjurkan bersama oleh Forum Asia untuk Hak Asasi Manusia dan Pembangunan (FORUM-ASIA), Pusat KOMAS dan SUARAM.
Pusat KOMAS adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan hak asasi manusia, demokrasi dan antidiskriminasi khususnya diskriminasi perkauman dan menyokong hak Orang Asli.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Chang Lih Kang berkata menyelaraskan kemajuan teknologi dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia bukan sekadar kewajipan moral tetapi juga keperluan praktikal untuk membina masyarakat yang adil dan saksama. - Gambar fail
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Polis mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai 'Papagomo' di rumahnya di Putrajaya pada pagi Jumaat.
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.
Malaysia perlu rebut peluang dalam pasaran peranti perubatan global - Chang
Inovator dan pengeluar di Malaysia perlu merebut peluang daripada potensi besar industri peranti perubatan global, yang dijangka mencapai hampir US$800 bilion menjelang 2030, kata Menteri Sains, Tekno