GEORGE TOWN: Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas dekat sini, kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.
Lakaran wajah Penang Woman itu dibuat menerusi kaedah Forensic Facial Approximation (FFA) berdasarkan tengkoraknya oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.
Artikel jurnal berkenaan wajah rangka manusia itu diterbitkan menerusi Applied Sciences, https://www.mdpi.com/journal/applsc pada 5 Ogos lepas, dengan kumpulan yang sama sebelum ini telah berjaya menghasilkan lakaran wajah Perak Man menggunakan kaedah 3D pembinaan semula secara maya, tahun lepas.
Seorang penyelidik USM yang juga penulis koresponden bagi jurnal itu, Shariful Idzwan Sahidan berkata jurnal dan kajian penyelidikan itu dijalankan oleh tujuh penyelidik USM yang diketuai oleh Dr Johari Yap iaitu Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM.
Shariful Idzwan yang ditemui hari ini berkata Penang Woman merupakan objek warisan yang tak ternilai dan sangat signifikan bagi tapak arkeologi Guar Kepah serta merupakan satu-satunya rangka Guar Kepah iaitu rangka ke-42 yang ditemukan oleh pengkaji Malaysia pada 19 April 2017 serta berada di Pulau Pinang.
"Rangka Penang Woman satu-satunya dijumpai di bawah Bukit Kerang iaitu timbunan cangkerang kira-kira 7 meter oleh pengkaji Malaysia yang kita perlu menjaganya demi warisan bersama.
"Rangka manusia itu dianggarkan mati ketika berusia 30 hingga 35 tahun dengan ketinggian kira-kira 150 cm dan ujian pada tisu rangka turut menyimpulkan bahawa individu ini banyak mengambil protein daripada makanan laut atau sungai," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk mendapatkan hasil wajah Penang Woman itu dengan melalui beberapa proses antaranya imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di Hospital USM di Kubang Kerian, Kelantan.
Shariful Idzwan berkata seterusnya, pihaknya menggunakan kaedah FFA bagi mengenal pasti dan membina semula muka Penang Woman itu sebelum lakaran wajahnya dibuat dan berjaya mendapatkannya pada 5 Julai lepas.
Beliau berkata berdasarkan wajah Penang Woman pihaknya mendapati dia adalah daripada kelompok atau ras campuran Australomelanesoid (tipikal orang asli) dan Mongoloid.
"Pendedahan rupa bentuk wajah Penang Woman itu juga merupakan antara petunjuk penting yang menunjukkan bahawa lebih 5,000 tahun lepas berlaku percampuran dua kelompok ras pada ketika itu yang tinggal di kawasan Guar Kepah," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut berharap 41 lagi rangka yang ditemukan di Guar Kepah dan telah dibawa ke Belanda dapat dibawa pulang oleh kerajaan negeri ke Pulau Pinang bagi tujuan penyelidikan.
"Sekiranya rangka-rangka yang ditemukan di Guar Kepah dapat dibawa pulang ke sini, kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kelompok dan cara hidup masyarakat zaman prasejarah ketika itu,'' katanya.
Guar Kepah di Kepala Batas, merupakan tapak prasejarah pertama di Semenanjung yang digali untuk dikaji sejak 1863, kira-kira 162 tahun yang lepas.
Bagi yang berminat untuk melihat terus tapak arkeologi dan replika Penang Woman boleh ke Galeri Warisan arkeologi Guar Kepah manakala rangkanya yang asli masih dipelihara dan diteliti di USM kerana ia perlu berada dalam persekitaran terkawal dengan suhu serta kelembapan yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Penyelidik USM Shariful Idzwan Sahidan menunjukkan lakaran wajah Penang Woman dan replika rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun yang ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas. - Foto BERNAMA
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.
Rangka ditemukan, dipercayai orang hilang sejak 10 bulan lepas
Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas.
Mayat tinggal rangka ditemui di Pantai Kemayan, Bachok
Mayat yang hanya tinggal rangka dengan memakai seluar pendek berwarna gelap ditemukan di pesisir pantai Kemayan, di sini petang tadi.
Curi kayu balak dengan kereta yang hampir tinggal rangka
Tiada siapa menyangka kereta Proton Saga itu boleh dijadikan kenderaan untuk membawa kayu balak yang dicuri dan meredah hutan simpan bagi mengelak jejak dikesan penguat kuasa.
Rangka ditemui di Kuala Krai dipercayai milik warga emas
Dalam kes ini, polis percaya rangka yang ditemui itu adalah milik warga emas yang dilaporkan hilang pada 24 Okt
Penemuan terbesar 227 rangka kanak-kanak di Peru
Sepasukan ahli arkeologi menemukan sekitar 227 kerangka kanak-kanak di Huanchaco berhampiran Trujillo, Peru untuk tujuan pemujaan.
Rangka manusia yang ditemui dalam tangki air sah milik penuntut UiTM
Keputusan berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum
Pasukan penyiasat yang dibantu oleh polis Semporna, polis marin Taman Sabah, World Wildlife Fund (WWF) dan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) telah dihantar ke pulau itu awal semalam.
Rangka manusia lengkap berbaju ditemui di Padang Rengas
Polis menemui rangka manusia disyaki seorang lelaki di bawah jambatan berhampiran Gunung Pondok, Padang Rengas di Kuala Kangsar, Perak pada pagi Rabu.
Rangka kanak-kanak Orang Asli dijumpai di tebing sungai
Rangka manusia dipercayai kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang hilang ditemui pasukan mencari dan menyelamat berhampiran tebing Sungai Perias.