Rangka manusia prasejarah berusia antara 6,000-8,000 tahun dan dipercayai seorang remaja perempuan dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu.
Rangka dari zaman Mesolitik itu merupakan salah satu penemuan dalam ekskavasi arkeologi yang dijalankan pasukan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama ahli kakitangan Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara (JWN), serta penyelidik Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Penemuan rangka manusia prasejarah Gua Chawan, Lembah Nenggiri ini adalah penting bagi arkeologi negara kerana dapat memberi fakta baru terhadap amalan pengkebumian dan budaya kehidupan zaman presejarah di Malaysia," ujar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Pengumuman yang dibuat di Bangunan Sultan Abdul Samad pada Isnin itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah/Pesuruhjaya Warisan ke Jabatan Warisan Negara, Datuk Zainah Ibrahim serta wakil Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman.
Menurut JWN, rangka itu dikebumikan dengan kedua-dua bahagian kaki dan kepala dilapikkan dengan batu kapur manakala tangan kanan pula memegang makanan berupa siput serta alat repeh.
Antara artifak lain yang ditemui bersama rangka tersebut ialah alat litik, sisa makanan berupa tulang binatang, dan cengkerang siput (brutia costula) serta serpihan tembikar tanah.
Sejak dijumpai 2 November lalu, rangka manusia ini dibawa keluar dari Gua Chawan pada 10 November dan kini melalui kerja-kerja merekod dan pemuliharaan rangka di makmal sementara konservasi JWN.
Beliau menambah: “Sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab di Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik."
Menurut Zainah, rangka manusia ini serta jumpaan lain akan dipamerkan di galeri yang akan dibinakan di kawasan Gua Musang dalam sekitar 4-5 tahun depan apabila semua jumpaan ekskavasi arkeologi telah lengkap.
Nailah Huda
Mon Dec 17 2018
Sejak dijumpai 2 November lalu, rangka manusia ini dibawa keluar dari Gua Chawan pada 10 November dan kini melalui kerja-kerja merekod dan pemuliharaan rangka di makmal sementara konservasi JWN. - Motac
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Arca Buddha di Bukit Choras simbol kemajmukan wujud berabad lamanya di Kedah - Penyelidik
Penemuan arca buddha berbentuk manusia di Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras menunjukkan kemajmukan budaya dari pelbagai latar belakang telah wujud sekian lamanya di bumi Kedah.
Tulang manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di Burgos, Sepanyol
Tulang-tulang itu, ditemukan di dalam gua di tapak penggalian Sierra de Atapuerca berhampiran Burgos pada akhir Jun.
5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi
Turki sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.
Gobeklitepe 'syurga' terbaharu ahli arkeologi
Ia mungkin tidak semasyhur Piramid Giza di Mesir mahupun Stonehenge di England, tetapi Gobeklitepe di Sanliurfa, Turki adalah sebuah projek impian atau syurga buat ahli arkeologi serata dunia.
Kilang minuman keras dipercayai tertua dunia dijumpai di tapak arkeologi Mesir
Kewujudan kilang bir itu pernah disebut ahli arkeologi British pada awal 1900-an, namun mereka tidak dapat menentukan lokasinya.
Rangka manusia purba Gua Niah Sarawak akan dibawa pulang dari Florida, AS
Rombongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak akan berlepas ke Florida, Amerika Syarikat minggu hadapan bagi bawa pulang 122 tulang pra-sejarah yang ditemui di Gua Niah pada 1966.
Najis manusia paling mahal di dunia dilengkapi perlindungan insurans
Najis berkenaan berharga AS$39,000 bersamaan RM161,405 selain ia lengkap dilindungi insurans.
Mesir dedah penemuan 50 mumia di tapak kubur usang
Penemuan itu termasuk 12 mumia kanak-kanak di dalam empat ruang pengebumian sedalam 9 meter di tapak bersejarah berkenaan.
Rangka remaja perempuan prasejarah dijumpai di Gua Chawan, Kelantan
Rangka manusia prasejarah yang dipercayai remaja perempuan berumur antara 6,000-8,000 tahun dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu.
Machu Picchu dinobat sebagai tarikan pelancong terkemuka dunia buat kali kedua
Negara Inca tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Destinasi Kulinari Terkemuka Dunia (buat kali ketujuh) dan Destinasi Kebudayaan Terkemuka Dunia.