BERIKUT adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi ini, 30 Disember 2016.
Ejaan 'Bagan Datuk' mula diguna semasa pengisytiharan daerah baharu
Ejaan baharu bagi Bagan Datoh di Perak iaitu 'Bagan Datuk' akan mula diguna semasa pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 9 Jan ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata ia diputuskan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 Nov lalu.
Pemergian Tan Sri SM Salim kehilangan besar buat negara
Pemergian Tan Sri SM Salim merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya bagi industri seni tanah air.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Allahyarham Tan Sri SM Salim sepanjang hayatnya telah memberi sumbangan besar dalam menyampaikan mesej berunsur nasihat kepada seluruh lapisan masyarakat.
Kontroversi paling hangat sepanjang tahun 2016
Beberapa hari lagi tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai cerita, ragam dan kontroversi tercetus dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun ini.
Antara kontroversi yang paling mendapat perhatian sepanjang 2016 ialah perkahwinan kedua pelakon Adi Putra, kisah cinta Lofattah dan krisis rumah tangga penyanyi Elly Mazlein.
Bayaran PDP bagi projek MRT 1 RM750 juta, bukan RM7 bilion - MMC Gamuda
MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) pada Khamis menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta.
Syarikat itu berkata jumlah yang dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebanyak RM7 bilion, adalah tidak benar.
Peguam Negara Israel arahkan siasatan terhadap Netanyahu
Peguam Negara Israel telah mengarahkan siasatan jenayah ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor sebuah saluran TV di negara itu.
Channel 10 mendakwa Netanyahu akan dipanggil untuk memberi keterangan berikutan siasatan polis terhadap dua perkara yang tidak dinyatakan.
Astro Awani
Fri Dec 30 2016
Pemergian Tan Sri SM Salim merupakan antara berita pilihan pembaca. -Gambar Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rangkuman 5 Berita Utama: 25 Januari
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Rangkuman pagi: 5 berita pilihan
Berikut adalah berita yang menjadi tumpuan untuk hari ini, 4 Januari 2017.
Rangkuman pagi: 5 berita tumpuan
BERIKUT adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi ini, 30 Disember 2016.
Rangkuman pagi: 5 berita tumpuan
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi, 28 Disember 2016.
Rangkuman tengah hari: 5 berita pilihan
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan tengah hari ini.
Rangkuman Pagi: 5 berita pilihan
Antara berita pilihan sepanjang pagi ini, 27 Disember 2016.
#RangkumanPagi: 5 berita paling hangat
Berikut adalah rangkuman lima berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Edisi Tengah Hari: 5 berita paling hangat
Berikut adalah berita tumpuan untuk tengah hari ini, 14 Disember 2016.
Edisi Tengahari: 5 berita paling hangat
Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini , 13 Disember 2016.
#RangkumanPagi: 5 berita paling hangat
Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan umum semalam, 12 Disember 2016.