awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
09:03 MYT
Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak
RUB merupakan antara beberapa syarikat yang menerima kuota pembekalan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga dalam pembangunan Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar (Large Scale Solar), bagi kitaran 4 (LSS4), di Semenanjung Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad (RUB) akan melaksanakan Projek Solar Berskala Besar Berkapasiti 50MegaWatt Ranhill Solar I di ladang Bikam, Bidor, Perak.
RUB merupakan antara beberapa syarikat yang menerima kuota pembekalan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga dalam pembangunan Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar (Large Scale Solar), bagi kitaran 4 (LSS4), di Semenanjung Malaysia.
Ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengalu-alukan usaha kerajaan dan swasta untuk meluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan selamat kepada rakyat.
Menurut Saarani, kerajaan negeri komited untuk merangka strategi pembangunan sosio ekonomi yang mapan, inklusif dan dinamik selain menggalakkan kerjasama dengan pihak swasta bagi inisiatif teknologi hijau.
“Tenaga yang boleh diperbaharui terutama tenaga solar adalah sumber tenaga alternatif yang cukup mampan di Malaysia dan boleh diguna secara meluas tanpa menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat dan juga terhadap persekitaran,” katanya.
Menurut Saarani lagi, pembinaan ladang solar ini secara tidak langsung akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Perak sebagai antara negeri yang rendah karbon menjelang 2030 di Malaysia.
RUB melalui Ranhill Solar 1 Sdn Bhd akan melakukan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai tahun 2023.
Topic Berkaitan
#Ranhill Utilities Berhad
#RUB
#Ranhill Solar I
#Perak
#elektrik
#Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan