HANOI: Ranking skuad bola sepak lelaki Vietnam turun 10 anak tangga kepada kedudukan ke-115 dalam ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada Khamis berikutan aksi hambar pada kelayakan Piala Dunia 2026 Mac lepas.
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac menurut Persekutuan Bola Sepak Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Vietnam kekal pada kedudukan ke-19 di Asia dan kedua di Asia Tenggara selepas Thailand yang kekal di kedudukan ke-101 di dunia.
Sementara itu dengan 30.04 mata yang diperoleh daripada kemenangan ke atas Vietnam, Indonesia naik lapan anak tangga ke kedudukan ke-134 dalam ranking dunia.
Ranking dunia pasukan lima teratas Asia kekal dengan Jepun (ke-18), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-24) dan Qatar (ke-34).
Ranking dunia masih lagi diungguli Argentina, diikuti Perancis, Belgium dan England.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Vietnam kekal pada kedudukan ke-19 di Asia dan kedua di Asia Tenggara selepas Thailand yang kekal di kedudukan ke-101 di dunia. - Foto Facebook ASEAN Metropolis
32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di China
Seramai 32 pelajar TVET akan dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam advanced electric vehicle (EV).
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha ini.
Hayati prinsip dalam memupuk keharmonian
Keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
PM anwar mahu ayat lain digunakan, ganti perkataan toleransi
Sebaliknya, beliau mahu Kementerian Perpaduan menggunakan ayat “semangat perpaduan ke arah kasih sayang, saling hormat-menghormati sesama insan”.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Negara luar memandang tinggi dan memuliakan Malaysia bukan hanya kerana ekonomi negara melonjak namun juga kerana kestabilan politik dan perpaduan rakyatnya.
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan, bukan perpecahan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat seharusnya menjadikan perbezaan itu sebagai kelebihan, sekali gus menjadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia.
[TERKINI] Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan kerusi Isnin ini
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.
Tumpuan Ahad – 26 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem
Kedua-dua presiden membincangkan situasi kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Malaysia sebuah negara hebat dan perpaduan itu merupakan salah satu faktor negara ini dipandang tinggi negara lain.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.