KUALA LUMPUR : Ranking Universiti Teknologi Mara (UiTM) melonjak naik pada kedudukan band 101-200 tahun ini berbanding 401-600 tahun lepas.
Ini adalah pengumuman terbaharu oleh Times Higher Education (THE), Impact Rankings pada Rabu.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Roziah Mohd Janor dalam satu kenyataan, peningkatan tersebut dicapai melalui dua Matlamat Pembangunan Lestari UiTM (Sustainable Development Goals SDGs) yang berada pada posisi 50 terbaik.
"SDG 5 pada kedudukan 42 berbanding 74 sebelumnya dan SDG 17 pada kedudukan 48, berbanding 601+ sebelumnya.
"Manakala, dua lagi SDG pada kedudukan 100 terbaik iaitu SDG 1 pada kedudukan 54, berbanding 101-200 sebelumnya, dan SDG 4 pada kedudukan 95, berbanding 101-200 sebelumnya.
"Pencapaian yang memberansangkan ini adalah hasil pendekatan dan inisiatif pintar yang dimulakan oleh bekas Naib Canselor, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, khususnya melalui pelaksanaan perancangan strategik UiTM2025," ujarnya.
Ini adalah bukti bahawa UitM berada pada landasan yang betul ke arah menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025 dan akan menjadi motivasi terbaik kepada seluruh warga UiTM.
Untuk rekod, jelasnya lagi, edisi ketiga THE Impact Rankings ini, sejumlah 1,115 universiti di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam penarafan ini.
"Tahun 2021 merupakan tahun kedua penyertaan UiTM dan ia sekaligus menampilkan kecemerlangan pencapaian universiti dengan meraih tempat ke-4 teratas daripada keseluruhan 19 universiti di Malaysia yang menyertai.
"Untuk edisi kali ini, UiTM telah menyertai sembilan (9) matlamat, iaitu SDG 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10 dan 17. Selain empat (4) SDG yang berada di kalangan 100 terbaik, empat (4) SDG lain yang turut mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan adalah SDG 6 yang berada di band 101-200, berbanding tahun lalu iaitu pada band 201-300.
"Selain daripada itu, SDG3, SDG 7 dan SDG 10 memperbaiki kedudukan dengan berada di band 201-300 berbanding 301-400 yang dicapai pada tahun lepas," katanya.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Apr 22 2021

Ini adalah bukti bahawa UitM berada pada landasan yang betul ke arah menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

MARA Johor peruntuk RM30 juta untuk usahawan IKS Johor
MARA Johor memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada usahawan dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri tersebut bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Peruntukan RM5 juta baiki kerosakan fasiliti pendidikan MARA Pahang - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi membaiki semua kerosakan yang terdapat di fasiliti-fasiliti pendidikan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) seluruh Pahang.

Kerajaan tiada halangan taja pelajar TVET ke luar negara - PM Anwar
Kerajaan tidak ada sebarang halangan untuk menaja dan menghantar graduan TVET di bawah seliaan MARA bagi menyambung pengajian ke luar negara.

Peruntukan RM50 juta untuk selenggara Institusi Pendidikan Mara - TPM
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institut Pendidikan MARA (IPMA) tahun ini, dengan separuh daripadanya untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Mara pertimbang letak pegawai SPRM di agensi itu
Asyraf Wajdi berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Tan Sri Muhammad Ibrahim yang juga Ahli Majlis Mara untuk diperhalusi.

MRSM berbayar: Syed Saddiq kemuka tiga persoalan
Beliau mempersoalkan keperluan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Institusi pendidikan MARA perlu kaji semula silibus - Zahid
Beliau juga ingin melihat semua program pengajian dinilai dan ditambah baik bagi memastikan ia berada di landasan yang betul.

Pastikan tiada keciciran lepasan SPM untuk lanjutkan pelajaran - Ahmad Zahid
Kerajaan mahu melihat pelajar-pelajar institusi pendidikan dibawah kementerian itu dapat menyambung pengajian sehingga peringkat tertinggi.

Konsert Aspirasi Muzikal 2022 terus jadi platform pelajar MRSM kembang bakat
Konsert Aspirasi Muzikal 2022 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menjadi platform utama buat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengembangkan bakat dalam bidang keseniaan.