awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak

Bernama
Bernama
30/07/2017
23:15 MYT
Rapid KL nafi mesin bayaran token rosak
Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa token di mesin bayaran perlu ditambah nilai semula dan ini mengambil sedikit masa.
Rapid KL pada Ahad memberi jaminan bahawa semua mesin bayaran tokennya (TVM) berfungsi dengan baik dan menafikan dakwaan konon beberapa buah mesin itu di stesen MRT Sungai Buloh tidak berfungsi.
Rapid KL dalam satu kenyataan dikeluarkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata barisan panjang penumpang di TVM sebenarnya akibat kehadiran mendadak penumpang ekoran sambutan amat menggalakkan terhadap perkhidmatan MRT.
Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa token di mesin bayaran perlu ditambah nilai semula dan ini mengambil sedikit masa.
"Semua TVM berfungsi dengan baik. Cuma membabitkan kes yang memerlukan token yang telah dibeli pelanggan lebih awal, ditambah nilai.
"Kami berdepan dengan kehadiran penumpang yang cukup ramai di stesen Sungai Buloh, dan kami percaya peningkatan jumlah penumpang datang dari kawasan yang berhubungan dengan Komuter KTM. Mereka datang semata-mata untuk merasai pengalaman menaiki MRT pada Ahad.
"Kami bersyukur dan berbangga dengan sokongan besar mereka. Bagi pihak Rapid Rail, pengendali laluan MRT Sungai Buloh - Kajang, kami ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi atas sokongan itu," ujar kenyataan tersebut.
Oleh itu, Rapid KL menasihatkan penumpang supaya memilih cara perjalanan tanpa menggunakan wang, sebalikinya menggunakan kad MyRapid Touch n Go (TnG), yang juga boleh digunakan di semua rangkaian kembara Rapid KL.
"Ini tidak saja lebih selesa, tetapi jua membklehkan penumpang. Lebih penting adan tidak perlu beratur di TVM dan menjimatkan masa," ujar kenyataan itiu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesin token
#MRT
#Rapid KL
#tvm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan