awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya
Trump saman JPMorgan AS$5 bilion, dakwa akaun ditutup kerana tekanan politik
Lebam pada tangan Donald Trump cetus spekulasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid KL tawar Pas MyTourist serendah RM15

Bernama
Bernama
26/08/2025
03:30 MYT
Rapid KL tawar Pas MyTourist serendah RM15
Pas MyTourist boleh dibeli di kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, aplikasi MyRapid PULSE atau secara dalam talian di MyRapid Shop. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rapid KL mengumumkan promosi Pas MyTourist dengan harga lebih rendah sempena Bulan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada kempen 'Rapid KL Denyut Nadi Merdeka'.
Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bermula 22 Ogos lepas, pas berkenaan ditawarkan kepada warganegara Malaysia serendah RM15 bagi satu hari, dua hari (RM20) dan tiga hari (RM25).
Bagi bukan warganegara pula, Pas MyTourist ditawarkan pada harga RM35 bagi satu hari, dua hari (RM50) dan tiga hari (RM65).
Pas berkenaan menawarkan perjalanan tanpa had di semua rangkaian perkhidmatan Rapid KL termasuk tren, Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, bas Rapid KL, bas pengantara MRT dan Rapid KL On-Demand di Lembah Klang.
"Selain perjalanan tanpa had, pemegang Pas MyTourist turut menerima manfaat tambahan selama tujuh (7) hari berturut-turut daripada lebih 40 rakan strategik, termasuk potongan harga di pusat-pusat tarikan pelancong, pusat beli-belah, restoran dan kafe, dengan jumlah penjimatan bernilai sehingga RM800," menurut kenyataan itu.
RapidKL memaklumkan inisiatif itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menyemarakkan semangat patriotisme dengan menggunakan pengangkutan awam bagi meneroka Lembah Klang dengan mudah, sambil menikmati penjimatan hebat dan tawaran eksklusif daripada rakan strategik Pas MyTourist.
Pas MyTourist boleh dibeli di kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, aplikasi MyRapid PULSE atau secara dalam talian di MyRapid Shop (shop.myrapid.com.my).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#Pas MyTourist
#Bulan Kebangsaan
#Rapid KL Denyut Nadi Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan