awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ras Adiba cadang golongan albino dimasukkan dalam kategori OKU

Bernama
Bernama
09/07/2021
05:22 MYT
Ras Adiba cadang golongan albino dimasukkan dalam kategori OKU
Ras Adiba juga mencadangkan KPWKM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyediakan pangkalan data dan pelaporan wajib bagi golongan albinisme di negara ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi memohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melakukan pindaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dengan memasukkan golongan albinism (albino) sebagai satu kategori OKU.
Beliau berkata langkah seperti dilaksanakan di Afrika Selatan itu dapat menyediakan standard sejagat bagi perlindungan dan promosi hak untuk individu yang mempunyai albinisme serta memastikan kesejahteraan psiko-emosi dan kebajikan golongan berkenaan diutamakan.
Ras Adiba juga mencadangkan KPWKM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyediakan pangkalan data dan pelaporan wajib bagi golongan albinisme di negara ini.
"Ini bertujuan kebajikan dan kesejahteraan mereka akan lebih terbela dengan perancangan dan pelaksanaan dasar yang terperinci di samping dasar khusus buat komuniti albinism harus disegerakan oleh pihak kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Albinisme adalah keadaan jarang berlaku, tidak menular, diwarisi secara genetik yang berlaku di seluruh dunia tanpa mengira agama atau jantina.
Ia berlaku atas kekurangan pigmen melanin pada rambut, kulit dan mata (albinisme oculocutaneous) yang membawa kerentanan terhadap sinaran matahari sehingga menyebabkan barah kulit dan gangguan penglihatan teruk, yang turut berkait dengan kepekaan fotosensitif.
Ras Adiba berkata individu dengan albinism adalah antara golongan rentan yang sering dilupakan oleh semua pihak.
"Setelah beberapa abad mengabaikan nasib hidup golongan ini, mereka terpaksa meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan diskriminasi, stereotaip dan stigma.
"Sehingga kita lupa bahawa 13 Jun setiap tahun merupakan Hari Kesedaran Albinism Antarabangsa yang sepatutnya disambut serta dianjurkan pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat di negara ini," katanya.
Ras Adiba juga menyeru agar semua lapisan masyarakat menerima secara terbuka kehadiran anak-anak albino.
Ini adalah untuk memastikan agar mereka yang menghidapi albino tidak tersisih serta boleh meneruskan kehidupan harian seperti yang lain, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#albino
#albinism
#Orang Kurang Upaya
#OKU
#Ras Adiba Radzi
#Akta Orang Kurang Upaya
#kebajkan
#KKM
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#KPWKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan