awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasa macam remaja semula, Melly Goeslaw imbau kenangan lama!

Faida Rahim
Faida Rahim
05/02/2023
10:16 MYT
Rasa macam remaja semula, Melly Goeslaw imbau kenangan lama!
Membuka tirai persembahan dengan lagu Ingin Mencintai Dan Dicintai, kemunculan Melly mendapat sorakan penonton yang teruja melihat idola kesayangan berada di depan mata. - Icon Entertainment
KUALA LUMPUR: Perjalanan konsert berskala besar penyanyi versatil Indonesia, Melly Goeslaw tidak berasa panjang dengan rangkaian lagu popular yang dibawakan serta kepetahannya mengajak penonton berinteraksi.
Penampilan Melly dengan busana unik pada malam tadi turut menambah kehangatan konsert Ada Apa Dengan Melly yang disaksikan oleh 2,500 penonton yang hadir.
Membuka tirai persembahan dengan lagu Ingin Mencintai Dan Dicintai, kemunculan penyanyi berusia 49 tahun ini mendapat sorakan penonton yang teruja melihat idola kesayangan berada di depan mata.
Kredit: ICON Entertainment
Kredit: ICON Entertainment
Tidak membuang masa begitu lama, Melly atau nama sebenar, Meliana Cessy Goeslaw meneruskan persembahan dengan himpunan lagu hits antaranya Tentang Dia, Pujaanku, Bimbang dan Suara Hati Seorang Kekasih.
Dengan seleksi lagu yang dinyanyikan, mood penonton bertukar ‘galau’ mengimbau kenangan lama ketika di bangku sekolah dahulu.
“Panggung seorang seniman adalah milik Dia. Sempurna hanya milik Allah. Terima kasih kerana sudi ada di sini melihat keanehan saya,” katanya yang disambut dengan jeritan peminat yang berada di dalam Dewan Plenari, KLCC, malam tadi.
Kredit: ICON Entertainment
Kredit: ICON Entertainment
Isteri kepada komposer terkenal, Anto Hoed ini berulang kali mengucapkan rasa terima kasih kepada penggemarnya yang berada di Malaysia serta sokongan yang ditunjukkan sejak zaman filem Ada Apa Dengan Cinta yang ditayangkan 21 tahun lalu.
Lebih istimewa, Melly turut mendendangkan lagu ciptaan Allahyarham P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Bunyi Gitar dengan versi tersendiri.
Nyanyian mendayu Melly diiringi paparan foto P. Ramlee di skrin utama yang berjaya menyentuh emosi penonton yang berada di dewan.
Hampir 30 lagu didendangkan penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia itu, antaranya adalah Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Menghitung Hari, Gantung, Jika, Cinta, Denting, My Heart dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
#konsert
#Ada Apa Dengan Melly
#Ada Apa Dengan Cinta
#Melly Goeslaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan