PUTRAJAYA: Bekas pembantu khas kepada seorang menteri menjalani hukuman penjara dua tahun mulai hari ini, selepas gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana melakukan rasuah berhubung permohonan permit bas daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), 20 tahun lepas.
Ini berikutan keputusan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang sebulat suara menolak rayuan dikemukakan Eswadi Abd Rahim, 50, selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 21 Dis 2017.
Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Seri Mariana Yahya berkata tiada sebab untuk mahkamah mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen terhadap perayu (Eswadi).
Eswadi yang diikat jamin merupakan ahli perniagaan, pernah menjawat jawatan sebagai pembantu khas kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Bagi pertuduhan pertama, Eswadi didakwa meminta memasukkan nama bapanya, Abdul Rahim Ismail sebagai Pengarah Syarikat Azamat Hati Sdn Bhd bagi memohon permit bas daripada LPKP di No 276, Taman Medan Bercham, di Ipoh, pada Disember 2002.
Dia juga didakwa menerima suapan sebanyak RM6,000 yang dimasukkan melalui akaunnya di Bank Bumiputra Commerce cawangan Jalan Sultan Idris Shah sebagai dorongan untuk membantu Chin Ah Lek bagi mendapatkan permit bas untuk syarikat Azamat daripada LPKP pada 17 Jan 2003.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 10 (A) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
Pada 25 Mac 2015, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama manakala penjara dua tahun dan denda RM30,000 untuk pertuduhan kedua dan memerintahkan Eswadi menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika dia gagal membayar denda itu.
Mahkamah itu turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.
Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah manakala peguam Datuk Shaharudin Ali mewakili Eswadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Eswadi merupakan ahli perniagaan, pernah menjawat jawatan sebagai pembantu khas kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. - Gambar hiasan
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Rasuah: Bekas pembantu khas menteri dipenjara dua tahun
Bekas pembantu khas kepada seorang menteri menjalani hukuman penjara dua tahun mulai hari ini, selepas gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana melakukan rasuah.