KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menambah jumlah hukuman penjara terhadap seorang bekas penolong jurutera di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor daripada 14 tahun kepada 37 tahun atas lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM400,000 melibatkan kerja-kerja di maktab berkenaan.
Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairudin Ngadiron, 48, dan turut menambah hukuman denda RM341,000 kepada RM2.341 juta.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing antara empat tahun hingga tujuh tahun enam bulan menjadikan jumlah penjara adalah 37 tahun.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini menjadikan perayu hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan dan dia akan dipenjara tujuh tahun jika gagal membayar denda.
Hakim Anselm memutuskan demikian selepas menolak rayuan Hairudin selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman penjara berjumlah 14 tahun dan denda RM341,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 23 Okt 2020.
Dalam keputusannya, Hakim itu turut mengetepikan perintah pembebasan oleh Mahkamah Sesyen sama terhadap pertuduhan pertama dan kedua yang dihadapi Hairudin selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan serta denda RM1 juta bagi setiap pertuduhan.
Bagi pertuduhan ketiga, mahkamah mengenakan hukuman penjara enam tahun dan denda RM145,000 manakala bagi pertuduhan keempat hingga keenam, perayu dikenakan hukuman penjara masing-masing empat tahun dan didenda berjumlah RM149,000.
Namun, mahkamah mengekalkan hukuman penjara empat tahun dan denda berjumlah RM47,000, bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan memandangkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Melaka adalah memadai.
Hakim Anselm membenarkan permohonan perayu untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda sementara rayuan terhadap keputusan hari ini difailkan di Mahkamah Rayuan.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, Hairudin didakwa secara rasuah menerima suapan dalam bentuk wang tunai dan barang membaiki rumah seperti besi bumbung, atap genting, kayu anjung, jubin dan pintu rumah serta membaiki kenderaan berjumlah RM465,886.32 dari Januari hingga April 2017.
Suapan tersebut diterima daripada seorang individu sebagai upah membantu mendapatkan kerja di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar iaitu pembaikan bangunan dan pagar keselamatan di pondok pengawal, kerja pembaikan lapang sasar 'semi indoor' 25 meter dan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan kolam renang dan kolam junam di kompleks sukan maktab berkenaan pada 2016.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Parit Gantung, Sungai Rambai Melaka, Jasin, Melaka dan di sebuah bengkel kenderaan di Parit Keroma, Muar, Johor antara Disember 2016 dan April 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Wai Keong manakala Hairudin diwakili peguam Mohd Razak Sharif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing antara empat tahun hingga tujuh tahun enam bulan menjadikan jumlah penjara adalah 37 tahun. - Gambar fail
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Tinggal anak usia 1, 6 tahun sendirian di rumah, tukang urut wanita dipenjara
Seorang wanita dihukum penjara sebulan selepas mengaku mengabaikan dua anak lelakinya termasuk seorang bayi berusia 14 bulan.
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.