awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah Busters: Jangan pentingkan diri, kembali pegang sistem nilai untuk hapus budaya rasuah

Israr Khalid
Israr Khalid
22/01/2022
05:01 MYT
Rasuah Busters: Jangan pentingkan diri, kembali pegang sistem nilai untuk hapus budaya rasuah
Perlu dilihat kembali apa prinsip kehidupan kita pegang. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sentiasa memikirkan kesan setiap tindakan kita kepada orang lain merupakan nilai yang perlu ada dalam setiap warganegara sekiranya kita mahu benar-benar menghapuskan rasuah.
Kata Ketua Sekretariat #RasuahBusters, Nurhayati Nordin, kita harus tidak mementingkan diri sendiri dan sedar bahawa setiap tindakan kita menyumbang kepada jatuh atau bangunnya negara ini.
Jelasnya, rasuah bermula daripada sikap seseorang yang mentafsir sesuatu sesuatu perlakuan itu hanya untuk keuntungan dirinya semata-mata tanpa memikirkan kesan riaknya kepada seluruh aspek kehidupan.
“Kenapa kita lihat negara-negara yang tidak meletakkan agama itu sebagai keutamaan dalam mereka membina negara tetapi mempunyai nilai integriti yang lebih tinggi berbanding kita yang mengatakan kita sebuah negara Islam.
“Kita perlu melihat semula akhlak dan prinsip kehidupan yang kita kekuatan nilai itu adalah daripada akhlak dan prinsip kehidupan yang kita pegang, dan ia bukannya dilakukan untuk tempoh yang sekejap.”
Kata Norhayati, ramai yang tidak merasakan rasuah satu jenayah yang amat berat kerana ia tidak melihatkan kerosakan secara langsung atau terus seperti merompak dan membunuh.
Namun natijahnya lebih meluas dan ia akan merosakkan seluruh sistem yang ada seperti barah memandangkan semuanya saling berkait antara satu sama lain.
“Ketika kita ambil hak orang lain, contohnya menggunakan kabel (untuk menempatkan anak masuk ke kolej atau mendapatkan sijil), kita tak rasa.
“Kemudian anak itu yang tidak layak menjadi seorang jurutera sehinggalah menyebabkan jambatan runtuh, orang terbunuh dan sebagainya, baru kita rasa ia satu jenayah.”
Maka tegasnya, setiap individu dalam masyarakat ini harus menyedari, memahami dan merasakan diri adalah rakan kongsi kepada pembinaan negara itu supaya tidak timbul niat untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan usaha itu.
Tonton temu bual penuh Norhayati dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Jangan pentingkan diri, kembali berpegang kepada sistem nilai untuk hapus budaya rasuah
Agenda AWANI: #RasuahBusters: Gerakan reformasi ubah minda, ubah sikap
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Rasuah
#RasuahBuster
#Nurhayati Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan