awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah di Melaka: Pemandu van bebas dengan jaminan SPRM

Bernama
Bernama
30/05/2017
04:41 MYT
Rasuah di Melaka: Pemandu van bebas dengan jaminan SPRM
Setakat ini, siasatan kes menyaksikan 13 individu ditahan SPRM, antaranya sembilan pegawai dan anggota polis. - Gambar fail
Seorang pemandu van yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di Melaka, dibebaskan hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 bersama seorang penjamin.
Pemandu van yang dipercayai menjadi orang tengah kegiatan itu merupakan individu ke-11 yang ditahan berkaitan kes berkenaan pada Khamis lepas.
Difahamkan, akaun bank suspek itu digunakan untuk memasukkan wang perlindungan yang dibayar pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sebelum diagihkan kepada yang lain.
Setakat ini, siasatan kes menyaksikan 13 individu ditahan SPRM, antaranya sembilan pegawai dan anggota polis.
Bagaimanapun, 11 daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#pusat judi
#Rasuah
#reman
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan