JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat daripada pelbagai aspek berhubung kes rasuah projek bernilai RM85 juta, membabitkan institusi automotif negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu termasuk membuat siasatan forensik terhadap akaun syarikat yang terlibat di dalam kes berkenaan.
"Semua yang ditahan (dalam kes ini) masih dalam siasatan kita, dan banyak perkara kita perlu lihat (dalam melakukan siasatan).
"Terutamanya, kita kena lihat wang-wang yang disalurkan kepada syarikat lapisan kedua...yang ini memerlukan kita buat forensik akaun kepada syarikat berkenaan (yang terlibat)," katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Negeri Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan.
Azam berkata selain Akta SPRM 2009, kes berkenaan juga akan disiasat mengikut Akta Penggubahan Wang Haram.
Sementara itu, beliau berkata seramai 10 individu telah ditahan membabitkan kes itu, yang mana sembilan daripadanya adalah lelaki termasuk seorang bergelar Datuk, dan seorang wanita ditahan pada 23 Mac lepas.
Menurut sumber SPRM, dua daripada individu ditahan, disyaki telah meminta dan menerima rasuah lebih RM14.9 juta daripada tiga individu yang ditahan, sebagai balasan membantu sebuah syarikat mendapatkan geran menerusi tiga syarikat lain antara 2018 dan 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Azam ketika sidang media selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM (Penolong Penguasa P29) di Kompleks SPRM Johor hari ini. - Foto BERNAMA
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Rasuah institusi automatif: Pelbagai aspek disiasat SPRM
Siasatan itu termasuk membuat siasatan forensik terhadap akaun syarikat yang terlibat di dalam kes berkenaan.