KUALA LUMPUR: Tahap rasuah di negara ini boleh disifatkan sebagai satu endemik, namun fakta bahawa semakin ramai yang bercakap mengenainya merupakan satu perkembangan yang baik.
Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berpendapat, keterbukaan orang ramai terutama di media sosial boleh dilihat, sekali gus menandakan keberanian dan tidak takut meluahkan kekecewaan mereka.
Tegas Ameer, apa yang penting kini adalah mengambil langkah individu bagi membawa perubahan yang diingini, terutama dari aspek menghalang bermulanya rasuah di peringkat akar umbi.
"Kita boleh tengok menteri pun melakukan lawatan dan sebagainya, tidak ada jarak 1.5 meter tetapi mereka tidak didenda penguatkuasa.
"Tidak mengapa denda jika mereka melanggar SOP, tetapi gunakan ini sebagai ancaman juga, untuk cari 'duit kopi' lah, orang Malaysia selalu sebut.
"Perkataan itu sendiri signifikan. Duit kopi dimaksudkan ialah untuk kopi, bukan untuk kondo, tetapi kita sudah biasa bertolak ansur dengan hal duit kopi ini.
"Orang beri RM10 bagi beli kopi, tetapi sekarang ia menjadi 'duit kondo'.
"Memang sangat teruk keadaannya tetapi yang paling penting ialah kita mesti menjadi perubahan yang kita mahu lihat di dunia.
"Kalau kita nak lakukan sesuatu, kita boleh lakukannya," katanya dalam sesi diskusi bersama Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai berjudul 'Bribery Turns Endemic', pada Rabu.
Mengakui pernah dihubungi "individu berpangkat tinggi" kerana kelantangannya, Ameer tidak gentar sebaliknya berharap lebih ramai ahli perniagaan akan bersuara kerana golongan itu dilihat mempunyai platform dan pengaruh yang diperlukan untuk membawa perubahan sebenar.
"Orang awam boleh 'bising' di media sosial contohnya, tetapi dia tidak mempunyai pengaruh.
"Jadi ahli perniagaan, terutama yang ada nama dan empayar besar, jika kita boleh bersuara, bawa perhatian orang ramai bahawa ada sesuatu yang salah, itu lebih baik," katanya.
Tambahnya, ahli politik memang sukar diubah, tetapi mereka bukan satu-satunya golongan yang melakukan rasuah dan hal itu lebih membimbangkan.
Justeru, beliau melihat ketelusan dalam semua proses sebagai jawapan kepada persoalan bagaimana mahu mengurangkan rasuah.
"Kita selalu cakap saya jumpa awak di mahkamah, kita kata hakim akan buat penghakiman yang betul dan adil, tetapi hal seperti integriti pun kini dipersoalkan.
"Inilah kebimbangan rakyat, kerajaan dan keadilan.
"Kita selalu kata di Malaysia, paling teruk pun anda ke mahkamah dan mahkamah akan sokong orang yang betul, melainkan anda mendapat peguam yang salah.
"Tetapi Peguam Negara pun boleh dipersoalkan, ditukar setiap kali parti politik baharu masuk.
"Ini tidak masuk akal. Peguam Negara sepatutnya mengendalikan hal undang-undang.
"Apa yang anda mahu lakukan, sebaik sahaja anda masuk, anda tukar Peguam Negara. Apakah tugas beliau sebenarnya?
"Malah lantikan Peguam Negara juga tidak sepatutnya diberi kepada kerajaan, ada sesuatu yang tidak kena.
"Inilah masalahnya, jika kita mempunyai sistem keadilan yang betul maka defisit kepercayaan akan turun," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Wed Jan 12 2022
Ameer berharap lebih ramai ahli perniagaan akan bersuara kerana golongan itu dilihat mempunyai platform dan pengaruh yang diperlukan. -Gambar fail/Bernama
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.