KANGAR: Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM800 secara bulanan daripada sebuah syarikat pada 2022.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kangar Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat SPRM Perlis pagi tadi.
Individu berjawatan Pembantu Laut (Gred A19) itu ditahan di Pejabat SPRM Perlis pada 2.45 petang semalam semasa tampil memberikan keterangan.
Sumber memberitahu lelaki berkenaan dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM800 secara bulanan daripada sebuah syarikat menerusi akaun orang tengah sebagai dorongan pihak Jabatan Perikanan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan bot-bot penangkapan ikan milik syarikat tersebut.
"Suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM800 secara bulanan membabitkan enam transaksi melalui pindahan akaun orang tengah," menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Individu berjawatan Pembantu Laut (Gred A19) itu ditahan di Pejabat SPRM Perlis pada 2.45 petang semalam semasa tampil memberikan keterangan. - Gambar hiasan
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.