awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah lebuh raya: SPRM tahan ketua penolong pengarah badan berkanun

Bernama
Bernama
06/07/2024
09:43 MYT
Rasuah lebuh raya: SPRM tahan ketua penolong pengarah badan berkanun
Sumber SPRM berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada 10 malam, semalam selepas hadir memberi keterangan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu iaitu ketua penolong pengarah sebuah badan berkanun, selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion, membabitkan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Sumber SPRM berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada 10 malam, semalam selepas hadir memberi keterangan.
"Suspek dipercayai menerima wang rasuah lebih RM146,000 (wang diterima suspek) daripada satu syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya," katanya.
Menurut sumber, suspek ke-10 itu direman empat hari sehingga 1 Julai ini selepas pihaknya mendapat perintah reman yang dikeluarkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Penahanan suspek itu susulan tangkapan sembilan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya oleh SPRM sebelum ini berhubung kes yang sama.
Sementara itu, sumber berkata Majistret Nazira Adlin turut membenarkan permohonan SPRM untuk menyambung reman empat suspek termasuk CEO syarikat konsesi lebuh raya yang ditahan Isnin lepas, bermula esok sehingga 2 Julai.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang lagi suspek berkenaan, serta penyambungan reman terhadap keempat-empat suspek dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#ketua penolong pengarah
#Badan Berkanun
#rasuah lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan