MALAYSIA
Rasuah pembinaan pusat data: 20 saksi lagi bakal dipanggil - SPRM

Sebelum ini tiga suspek, iaitu pengurus projek syarikat pembinaan dan dua pengarah syarikat yang ditahan SPRM, masih dalam tahanan reman manakala seorang suspek wanita telah dibebaskan. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil keterangan daripada 20 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor bernilai kira-kira RM180 juta.
Ringkasan AI
- SPRM sedang siasat kes rasuah projek pusat data RM180 juta di Johor, dengan 12 saksi sudah dirakam dan jumlah keseluruhan dijangka 20 orang.
- Seorang suspek didakwa membakar wang tunai hampir RM1 juta ketika serbuan SPRM dijalankan; SPRM turut menemui RM7.5 juta tunai, jam tangan mewah dan barang kemas.
- Tiga suspek termasuk pengurus projek dan dua pengarah syarikat masih direman, manakala seorang wanita telah dibebaskan tiada tangkapan baharu setakat ini.
"Setakat ini, tiada tangkapan baharu dalam kes terbabit," katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan untuk siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data sanggup membakar wang tunai hampir RM1 juta bagi menghapuskan bukti selepas terkejut dengan serbuan SPRM melalui Op Ways pada Khamis lepas.
Menurut sumber, ketika serbuan dijalankan di rumahnya di Petaling Jaya, pasukan pegawai menemukan wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan terbakar.
Hasil pemeriksaan menyeluruh SPRM di kediaman itu turut menemukan wang tunai berjumlah kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.
Pada Jumaat lepas, media melaporkan pengurus kontrak bersama isterinya serta dua lelaki berjawatan pengarah syarikat berumur 40-an hingga 60-an ditahan Bahagian Siasatan SPRM di sekitar Lembah Klang selepas dipercayai terbabit rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor bernilai kira-kira RM180 juta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami