awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Pengurus jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman

Bernama
Bernama
13/03/2023
06:32 MYT
Rasuah: Pengurus jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman
Perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu yang bermula hari ini hingga Ahad (19 Mac) dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus sebuah jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah antara RM1,500 hingga RM6,000 sekitar 2019 hingga 2022.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu yang bermula hari ini hingga Ahad (19 Mac) dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Menurut sumber SPRM, suspek disyaki menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri melalui perolehan kerja pembaikan kenderaan jabatan sekitar 2019 hingga 2022.
Lelaki tersebut telah ditahan di pejabat SPRM negeri Terengganu semasa hadir memberi keterangan petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#pengurus jabatan kerajaan
#terengganu
#kerja pembaikan kederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan