awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah pengurusan jenazah: SPRM tahan 5 kakitangan hospital

Bernama
Bernama
06/10/2021
11:31 MYT
Rasuah pengurusan jenazah: SPRM tahan 5 kakitangan hospital
Menurut sumber SPRM, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021 dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan lima kakitangan sebuah hospital kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.
Menurut sumber SPRM, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021 dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000.
Katanya difahamkan, kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rasuah pengurusan jenazah
#ejen pengurusan jenazah
#SPRM
#kakitangan hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan