awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari

Sinar Harian
Sinar Harian
26/09/2023
06:01 MYT
Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Kedua-dua tertuduh diiring pegawai SPRM di mahkamah. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa, Zainab Yahya di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa.
Selain itu, dua lagi dilepas dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin atas faktor kesihatan.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan SPRM menahan kesemua mereka selepas disyaki menerima rasuah antara RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.
Sumber memberitahu, tiga suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai ditahan, antara kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika diminta hadir memberi keterangan.
Beliau berkata, kesemua suspek bertugas di hospital sama dipercayai menerima wang rasuah membabitkan kira-kira 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat antara 2022 dan hingga 2023.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#kakitangan perubatan awam
#pengurusan mayat
#bukan Islam
#Rasuah
#direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan