awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Pesara polis mengaku tidak bersalah

Bernama
Bernama
02/08/2018
04:40 MYT
Rasuah: Pesara polis mengaku tidak bersalah
Shahidan dituduh secara rasuah memperoleh tiga kali suapan RM1,500 daripada Saleh sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melakukan aktiviti haram menjual dan menyeludup minyak dari sempadan. - Gambar hiasan
Seorang pesara polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM4,500 pada 2014.
Tertuduh Shahidan Ladin, 63, yang merupakan bekas Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Kayu Hitam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Abu Hassan selepas pertuduhan dibacakan.
Shahidan yang masih berkhidmat ketika itu dituduh secara rasuah memperoleh tiga kali suapan RM1,500 daripada Saleh@Md Zamri Md Saman sebagai dorongan kepada tertuduh untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melakukan aktiviti haram menjual dan menyeludup minyak petrol dan diesel dari sempadan Malaysia ke Thailand.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa melakukan kesalahan itu di tapak gudang haram Kampung Remia Manis, Durian Burung di Kuala Nerang pada 1.52 petang, 24 Sep 2014; pertuduhan kedua di lokasi sama pada 11.52 pagi, 23 Okt 3014 dan pertuduhan ketiga di perkarangan tempat letak kereta Hospital Kuala Nerang pada 1.05 tengah hari, 28 Nov 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Bagaimanapun Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta menetapkan 4 Sept depan bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar manakala Shahidan tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti haram
#bekas komander
#diesel
#Kuala Nerang
#Mahkamah Sesyen
#minyak
#PDRM
#pesara polis
#petrol
#Rasuah
#seludup
#Shahidan Ladin
#Unit Pencegahan Penyeludupan
#UPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan