awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah polis RM150, lelaki Bangladesh dipenjara 2 bulan, denda RM10,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/03/2021
04:28 MYT
Rasuah polis RM150, lelaki Bangladesh dipenjara 2 bulan, denda RM10,000
Tertuduh, Jahir, yang bekerja di kedai perabot mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim. - Foto Astro AWANI
BUTTERWORTH: Padah memberi rasuah RM150 kepada anggota polis, seorang warganegara Bangladesh dipenjara dua bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.
Tertuduh, Jahir, 49, yang bekerja di kedai perabot mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara Jahir ditambah dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut, sementara wang tunai RM150 itu dilucutkan hak kepada hasil kerajaan Malaysia.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh memberi suapan wang tunai RM150 kepada seorang anggota polis berpangkat Asisten Superintenden melalui rakannya bernama Mia Saddam sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan betul di tempat awam, serta melepaskan rakannya kerana tidak mempunyai pasport.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Baru, Perai di antara pukul 7.50 hingga 8.15 malam pada 21 Februari lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Azlan Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu Mohd Azlan meminta supaya tertuduh dikenakan hukuman berat memandangkan ia adalah kesalahan serius memberi rasuah kepada pegawai polis selain tidak menghormati undang-undang negara ini.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#SPRM
#Mahkamah Sesyen
#mahkamah
#Rasuah
#kerajaan
#penjara
#undang-undang
#pelitup muka
#polis
#kedai perabot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan