awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah RM300,000: SPRM tahan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri

Bernama
Bernama
09/03/2021
15:45 MYT
Rasuah RM300,000: SPRM tahan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri
Sumber SPRM berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.00 malam di Pejabat SPRM Selangor, hari ini.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh Imigresen.
Sumber SPRM berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.00 malam di Pejabat SPRM Selangor, hari ini.
Katanya suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau scam baru-baru ini.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman.
Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#SPRM Selangor
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Datuk Seri
#ahli perniagaan
#Macau Scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan