Seorang lelaki dipenjara sembilan hari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada pegawai Imigresen, di Mahkamah Sesyen Kuching, hari ini.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman terhadap tersebut Abdul Nasar Abdul Kassim, 52, selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan terhadapnya.

Pada 6 Mac lalu, Abdul Nasar dituduh di Mahkamah Seksyen Kuching bersama seorang wanita warga India, mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek menawarkan wang rasuah tersebut sebagai dorongan agar pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan ke atas tiga pekerja Balaji yang tidak mempunyai permit pekerjaan sah.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari 12 November 2016 itu, Abdul Nasar menjadi penterjemah bagi Balaji untuk menawarkan habuan itu kerana Balaji tidak fasih berbahasa Malaysia.