awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah RM550,000: Bekas KSU KKLW dan anak didakwa

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2017
08:23 MYT
Rasuah RM550,000: Bekas KSU KKLW dan anak didakwa
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) dan anak lelakinya, Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah membabitkan RM550 ribu. - Foto Bernama
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan bersubahat dan rasuah berjumlah RM550 ribu tahun lalu.
Ia membabitkan projek bekalan elektrik luar bandar untuk sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan Sabah secara rundingan terus bernilai RM57 juta kepada Syarikat Eramas (M) Sdn. Bhd.
Tertuduh berusia 59 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, Mohd Arif didakwa bersubahat dengan anak lelakinya, Ahmad Zukhairi, menerima suapan wang tunai RM550 ribu daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn. Bhd., Mohd. Safian Mohd Salleh.
Suapan itu adalah sebagai upah untuk Mohd Arif dan Ahmad Zukhairi melakukan transaksi membabitkan kementerian itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Jalan Cenderamulia, antara jam 4 petang dan 7 petang 23 Ogos tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama seksyen 28(1)(c) akta sama.
Sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut seskyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan.
Hakim membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin masing-masing sebanyak RM200 ribu dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Topic Berkaitan
#Eramas
#KSU Kementerian ditahan
#Mohd Arif Ab Rahman
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan