awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raub dilanda banjir

Bernama
Bernama
10/11/2024
02:15 MYT
Raub dilanda banjir
Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh apabila 99 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi ini. - Gambar fail
KUANTAN: Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh apabila 99 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata, hujan berterusan sejak 11 malam tadi, menyebabkan dua kampung di daerah itu iaitu Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.
"Pada 3.45 pagi, PKOD (Pusat Kawalan Operasi Daerah) APM Daerah Raub menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian banjir di dua kampung tersebut.
"Anggota APM Raub bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu memindahkan penduduk terjejas ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berkaitan kejadian tidak diingini akibat banjir dan akan terus berwaspada memandangkan cuaca tidak menentu.
Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub, mencecah 133.46 meter (m) melebihi tahap waspada iaitu 133.33m, setakat 8.30 pagi ini. - BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir Raub
#monsun timur laut
#Pusat Pemindahan Sementara
#APM Raub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan