KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan, Rayani Air, Ravi Alagendrran hari ini memohon maaf kepada semua penumpang atas semua kesulitan yang dialami.

Menerusi satu kenyataan Facebook, pemilik syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia itu berkata beliau amat berdukacita atas kekurangan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

"Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada semua penumpang-penumpang setia syarikat penerbangan kami yang telah mengalami kesulitan secara langsung atau tidak langsung selama beberapa minggu ini.

"Kami di Rayani Air amat berdukacita di atas kekurangan perkhidmatan kami dan akan cuba perbaiki sedikit masa lagi," tulis Ravi.

Menurut Ravi, Rayani Air merupakan satu penerbangan baru dan ada lagi banyak perkara yang perlu dipelajari dan dibaiki.

"Rayani Air sebuah syarikat penerbangan baru di negara ini. Banyak yang kami perlu perbaiki dan pelajari. Teruslah menyokong syarikat penerbangan kami.

"Semoga syarikat ini kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan terus terbang tinggi.

Beliau turut mengatakan bahawa Rayani Air akan kembali dengan perkhidmatan yang lebih baik.

"Kami di Rayani Air mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang pernah terbang bersama kami.

"Terima kasih juga buat semua kakitangan Rayani Air yang sentiasa bersama-sama di masa jatuh bangun syarikat ini. Rayani Air akan kembali. Tunggu!!!!"

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar surat penggantungan operasi sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air pada Isnin ini.

Pada Jumaat lalu, Rayani Air memaklumkan syarikat itu telah menggantung operasinya berkuat kuasa Jumaat bagi rancangan penstrukturan semula perkhidmatannya.


 

Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia.Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada...

Posted by Ravi Alagendrran on 


Apa netizen kata?

Berikutan kenyataan Tiong Lai itu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai pandangan dan kritikan.

Rata-rata netizen berkata ini adalah satu pengajaran bahawa slogan halal tidak dapat membantu jika sesuatu perniagaan menawarkan perkhidmatan yang tidak memuaskan.





Malah, ada segelintir yang meminta untuk tidak menghukum Rayani Air dengan begitu cepat kerana mereka baru sahaja memulakan operasi. 

Netizen turut meminta pemiliknya untuk terus bertahan dan pada masa yang sama mencari penyelesaian dengan segera.


 

PILOT RAYANI AIR DAH START MOGOK!Aku baca The Star mengatakan yang pilot Rayani Air mogok hingga menyebabkan banyak...

Posted by Syahril A. Kadir on 



BACA: Pekerja Rayani Air resah gaji tertunggak, nasib tidak menentu