"Rayani Air akan kembali" - Ravi Alangendrran

Kohilah Sekaran
April 10, 2016 08:00 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan, Rayani Air, Ravi Alagendrran hari ini memohon maaf kepada semua penumpang atas semua kesulitan yang dialami.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan, Rayani Air, Ravi Alagendrran hari ini memohon maaf kepada semua penumpang atas semua kesulitan yang dialami.
Menerusi satu kenyataan Facebook, pemilik syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia itu berkata beliau amat berdukacita atas kekurangan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
"Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada semua penumpang-penumpang setia syarikat penerbangan kami yang telah mengalami kesulitan secara langsung atau tidak langsung selama beberapa minggu ini.
"Kami di Rayani Air amat berdukacita di atas kekurangan perkhidmatan kami dan akan cuba perbaiki sedikit masa lagi," tulis Ravi.
Menurut Ravi, Rayani Air merupakan satu penerbangan baru dan ada lagi banyak perkara yang perlu dipelajari dan dibaiki.
"Rayani Air sebuah syarikat penerbangan baru di negara ini. Banyak yang kami perlu perbaiki dan pelajari. Teruslah menyokong syarikat penerbangan kami.
"Semoga syarikat ini kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan terus terbang tinggi.
Beliau turut mengatakan bahawa Rayani Air akan kembali dengan perkhidmatan yang lebih baik.
"Kami di Rayani Air mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang pernah terbang bersama kami.
"Terima kasih juga buat semua kakitangan Rayani Air yang sentiasa bersama-sama di masa jatuh bangun syarikat ini. Rayani Air akan kembali. Tunggu!!!!"
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar surat penggantungan operasi sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air pada Isnin ini.
Pada Jumaat lalu, Rayani Air memaklumkan syarikat itu telah menggantung operasinya berkuat kuasa Jumaat bagi rancangan penstrukturan semula perkhidmatannya.

Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia.Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada...

Posted by Ravi Alagendrran on
Apa netizen kata?
Berikutan kenyataan Tiong Lai itu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai pandangan dan kritikan.
Rata-rata netizen berkata ini adalah satu pengajaran bahawa slogan halal tidak dapat membantu jika sesuatu perniagaan menawarkan perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Ada pengajaran di sebalik hikayat Rayani Air ini. 'Patuh Syariah', slogan digunakan utk menjual sesuatu, tiada makna kalau servis tak baik.

— Syahredzan Johan (@syahredzan) April 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rayani Air is proof that it takes more than just a halal certification to make a business survive. https://t.co/eMqVSN8A9N

— A. (@aziff90) April 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rayani Air is a good example that pleasing God is never enough for any business. You got to please the employees, customers, the people.

— Khalid (@khalids) April 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

RayaniAir tu salah satu contoh untuk bakal bakal business man business woman. Management kalau teruk. Tak kemana.

— Bad Pitt (@pittssuda) April 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada segelintir yang meminta untuk tidak menghukum Rayani Air dengan begitu cepat kerana mereka baru sahaja memulakan operasi.
Netizen turut meminta pemiliknya untuk terus bertahan dan pada masa yang sama mencari penyelesaian dengan segera.

PILOT RAYANI AIR DAH START MOGOK!Aku baca The Star mengatakan yang pilot Rayani Air mogok hingga menyebabkan banyak...

Posted by Syahril A. Kadir on

Kesian rayani air sebenarnya. Masa lancar mcm wow je. Namun skrg :(

— qoma (@tora_qama) April 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Pekerja Rayani Air resah gaji tertunggak, nasib tidak menentu
#Rayani Air #penerbangan #Facebook #mohon maaf