Mahkamah Rayuan menolak rayuan seorang kerani wanita untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan beliau untuk menukar nama serta membuang perkataan 'Islam' daripada kad pengenalannya.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Linton Albert memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat apabila menolak semakan kehakiman Noraini Soon Mohamed Ivan Soon yang difailkan bagi memohon perintah certiorari untuk tujuan itu.
"Kami mencapai keputusan sebulat suara. Rayuan ditolak. Tiada keraguan perayu (Noraini) adalah seorang Islam dan kami (Mahkamah Rayuan) terikat dengan keputusan kes Lina Joy," katanya yang tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.
Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa JPN mengenakan syarat yang munasabah meminta Lina, yang mendakwa memeluk agama Kristian, mendapatkan sijil murtad dari Mahkamah Syariah sebelum meneruskan hasrat untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalannya.
Mahkamah Persekutuan, dalam satu keputusan majoriti, menolak rayuan Lina Joy untuk memaksa NRD membuang perkataan Islam daripada kad pengenalannya.
Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Tinggi Vernon Ong Lam Kiat.
Noraini, 39, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Julai tahun lepas.
Beliau turut memohon perintah mandamus bagi memaksa JPN membetulkan namanya daripada Noraini Soon binti Mohamed Ivan kepada Noraini Soon serta membuang perkataan Islam daripada kad pengenalannya.
Dalam afidavit bertarikh 22 Nov 2012, Noraini berkata beliau ingin menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya kerana mendakwa tidak pernah memeluk agama itu dan status agamanya tersilap tulis sebagai Islam.
Sijil kelahiran beliau mencatat ibunya ialah Yap Kui Chun @ Yap Kui Cheen seorang berbangsa Cina dan ayahnya, Mohamed Ivan Soon iaitu sebagai Cina Muslim.
Noraini mendakwa beliau dan ibunya beragama Buddha.
Beliau diwakili peguam Wong Poh Leng manakala Peguam Kanan Persekutuan Khairul Fazli Kamarudin mewakili Ketua Pengarah JPN.
Bernama
Wed Sep 03 2014
HAKIM: Tiada keraguan perayu (Noraini) adalah seorang Islam dan kami (Mahkamah Rayuan) terikat dengan keputusan kes Lina Joy - Gambar Hiasan
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Faisal Halim mungkin tak dapat beraksi lima atau enam bulan - Shahril
Shahril berkata, tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.
Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami
Difahamkan, penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk, pada 28 April lalu.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.