Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menghadapi dua pertuduhan atau menerima rasuah berjumlah RM3 juta, gagal mengetepikan arahan agar beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Ini susulan satu keputusan sebulat suara oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan untuk menolak rayuan Tengku Adnan terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, pada 28 Jan, tahun ini.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, yang mengetuai pasukan hakim itu berkata, panel tidak diyakinkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kesilapan dalam pertimbangan dengan menolak permohonan Tengku Adnan agar tidak menyerahkan pasport.
"Hakim (Mahkamah Tinggi) telah mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan dalam melaksanakan pertimbangan dalam perundangannya," katanya semasa menyampaikan keputusan itu.
Hakim yang lain ialah Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Lau Bee Lan.
Anggota Parlimen Putrajaya itu, yang hadir di mahkamah, merayu kepada arahan Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan permohonan agar dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dengan menaikkan jumlah jaminan.
Hakim Mohd Nazlan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi) dengan menetapkan jaminan RM500,000 ke atas Tengku Adnan, 69, dan agar dia menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu tamat kesnya.
Dalam permohonannya, Tengku Adnan juga mencadangkan agar wang jaminan dinaikkan dari RM500,000 ke RM1 juta dan beliau bersedia melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, jika diperlukan.
Terdahulu, peguam Tengku Adnan, Datuk Tan Hock Chuan mengemukakan bahawa hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya menghujahkan bahawa anak guamnya adalah berisiko penerbangan.
"Hakim Mahkamah Tinggi salah, anak guam saya tidak berniat untuk melarikan diri kerana dia ingin membersihkan namanya daripada sistem berkenaan.
"Beliau juga telah dua kali memperoleh pasport sementara dan memulangkannya kepada mahkamah. Ini menunjukkan anak guam saya bukan berisiko penerbangan," katanya.
Timbalan Pendakwaraya Awam, Julia Ibrahim membalas bahawa penyerahan pasport itu adalah syarat penting agar perbicaraan dapat diteruskan tanpa sebarang penangguhan.
Beliau berkata, Tan tidak dapat menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi salah dalam pertimbangan ketika memberi keputusan memandangkan tertuduh boleh memohon pasportnya dipulangkan sementara dari masa ke semasa.
"Saya juga mengemukakan bahawa dokumen berkenaan menunjukkan tarikh pertemuannya di Indonesia dan pendaftaran persekolahan anaknya di Australia telah diberi lebih awal. Jadi, tidak ada sebab tertuduh tidak membuat permohonan terdahulu," katanya.
Pada 15 Nov lepas, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima gratifikasi RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan, Tan Eng Boon, menerusi cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang dideposit ke dalam akaun CIMB Bank milik beliau (Tengku Adnan) bagi mendapatkan kelulusan ke atas satu permohonan oleh Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi mendapatkan nisbah plot kawasan berkenaan dengan pembangunan di atas Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada 27 Dis, 2013.
Beliau juga berhadapan dengan satu pertuduhan alternatif di mana dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau didakwa menerima RM1 juta tanpa pertimbangan daripada Tan menerusi satu cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang dideposit ke dalam akaun beliau, meskipun mengetahui bahawa Tan, adalah pengarah Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd), yang mengambil berat tentang majlis rasminya.
Pada 12 Dis, beliau didakwa sebagai seorang kakitangan awam dan dalam kapasiti sebagai Menteri Wilayah Persekutuan menerima barangan berharga, tanpa pertimbangan, berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong, menerusi cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd, yang dideposit ke dalam akuan CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd yang mana beliau (Tengku Adnan) mempunyai kepentingan dan beliau tahu mempunyai hubungan dengan majlis rasminya, pada 14 Jun, 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
Pada 11 Feb lalu, Tengku Adnan hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada sebutan semula permohonannya bagi mendapatkan pasport sementara. --fotoBERNAMA
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.